,

Dosa Yang Tidak Pernah Wujud Sebelum Itu!

Dosa membunuh itu sudah ada. Begitu juga dengan dosa mensyirikkan Allah, dosa menfitnah, dosa derhaka, dan segala macam dosa yang lain.

Tapi, dosa yang dibuat oleh kaum Sadom ini langsung tidak pernah wujud sebelum itu!

Mana pernah dalam sejarah dunia sebelum itu, lelaki suka sesama lelaki, wanita suka sesama wanita.

Itu melanggar fitrah! Itu dosa yang ternah dibuat oleh kaum sebelum ini! 

Itulah yang menjadi kebimbangan Nabi Luth. Baginda takut azab Allah melanda umatnya.

Sudahlah dakwah Baginda ditolak mentah-mentah, malah kaumnya membuat onar dosa baru pula.

Sehinggalah Baginda didatangi oleh dua pemuda yang kacak, datang menjadi tetamunya.

Baginda Nabi Luth sudah mula bimbang, takut kaumnya daripada lelaki datang ke rumahnya. Baginda faham benar kegilaan kaumnya.

Asal lelaki kacak, semua lelaki lain tergilakannya. Begitu juga dengan wanita cantik yang menjadi kegilaan wanita.

 Segera rumah Baginda dikunci. Baginda tidak membenarkan anak-anaknya keluar rumah. Rahsia tetamu ini biar menjadi rahsia mereka.

Namun, ada ahli keluarga Nabi Luth melanggar kata. Mereka keluar menuju ke Kota, menghebahkan kepada para pemuda tentang kedatangan dua lelaki kacak ke rumahnya.

Maka habislah rumah Nabi Luth diserbu oleh lelaki bernafsu songsang.

Akhirnya tetamu itu perkenankan diri mereka. Mereka adalah malaikat yang menyampaikan khabar. Segeralah mereka yang beriman untuk keluar kota, jangan langsung dipandang belakang.

Azab Allah akan tiba ketika subuh. Sungguh waktu subuh itu hampir tiba. 

Ketika Nabi Luth bersama umatnya yang beriman lari, para pemuda bernafsu songsang yang memecahkan rumah Nabi Luth dibutakan matanya.

Makin jauh mereka lari, janji Allah untuk menimpakan azabnya tiba. Bumi kaum Sadom itu diterbalikkan! Dasar laut diangkat ke puncak gunung, puncak gunung tenggelam ke dasar laut.

Dapatkan anda bayangkan betapa dasyatnya azab Allah itu?

Bencana daripada azab Allah itu masih terlihat hingga kini. Laut Mati, itulah buktinya.

Malah, di puncak Gunung Iraq, dapat dilihat fosil hidupan laut! Mereka juga menjumpai batu garam yang hanya boleh ditemui di dasar laut.

Masya-Allah!

Sejak daripada azab besar itu, gejala homoseksual sudah pupus, tidak muncul lagi.

Sehinggalah gejala songsang yang telah pupus itu muncul kembali pada hari ini, dan semakin berleluasa sehingga kini.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Hamid Addin (Ghostwriter & Kembara Sejarah).

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.