,

Terbelenggu Oleh Syaitan LGBT (bahagian 1)

AWAN dinihari bagai putik kapas yang menggebu di permukaan langit. Bunyi gerusan ekzos motosikal yang dibawa oleh Hasyim, Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Palajar kolejku melaruti suasana tepian Tasik Biru, tasik buatan yang menjadi tumpuan pelancong.

Selama tujuh hari Pesta Floria akan diadakan dan aku mengambil kesempatan untuk berkerja sampingan sebagai pembawa pelancong yang menaiki perahu dondang sayang. Memandangkan cuti semester penggal pertama masih berbaki.

“Terima kasih Hasyim hantarkan aku pagi ini,” kataku.

“Tak ada masalah Mikael. Kalau ada apa-apa hal telefon aku.” Hasyim yang berbadan tegap lagi sasa dan berkaca mata hitam membalas tutur kataku. Sebelum berlalu pergi, dia menghulurkan plastik berisi nasi lemak.

Di hari pertama berkerja, aku diminta untuk menemui Encik Burhan, penyelia utama syarikat pelancongan Tasik Biru Cruise milik Datin Marina. Bauran penghawa dingin menusuk rongga hidung, mengantarku rasa ingin menguap.

Di ruang utama, aku menyeluruhi hiasan gambar-gambar perahu dan sejarah Tasik Biru sementara menanti Encik Burhan. Hampir setegah jam, aku melandaikan pinggul di atas sofa berwarna ungu violet.

Tiba-tiba seorang lelaki bertubuh wanita, dengan kulit mulus bagai telur dikupas, bermata sepet, berkening pantis, hidung berpermukaan bulat, bibir berulas basah, digoles gincu pink sakura- masuk ke ruang utama menemui Mikael.

“Hi, saya Anish. Pekerja tetap di sini. Awak Mikael ya?” Anish menghulurkan tangan.

Mikael bangkit dari tempat duduknya. Tergumam perlahan tetapi cepat disembunyikan. Dalam hatinya berkata, ‘Allah… boleh sentuh ke ni?’. Dalam acuh tak acuh dia membalas huluran salam tersebut.

“Ya saya Mikael. Pekerja sampingan untuk pesta nanti.”

“Hari ini bos demam panas. Jadi dia minta saya uruskan awak. Ini ada baju pekerja. Awak boleh salin dulu di tandas belakang. Kemudian jumpa saya di depan. Kita akan bergerak ke khemah di seberang tasik.” Anish memberikan Mikael baju pekerja.

Aku tidak pernah berkawan dengan seorang maknyah apatah bergaul dengan mereka, pasti jauh sekali. Iyalah, horizonku dipenuhi oleh pelajar-pelajar falsafah yang intelek dan memaknai erti moral. Tak selesalah pula.

Sepanjang perjalanan di dalam perahu bermotor jenama Honda yang merengkut aku, Anish dan seorang lagi pekerja lelaki, aku merenung panjang ke arah riaksi air yang bergetar mengikut alur pergerakan perahu. Sesekali mencuri pandangan ke arah Anish yang comel manis itu. Sesekali nuraniku tertanya apakah faktor yang merubah dirinya menjadi seperti itu?

“Mikael masih pelajar ya?” erang Anish yang mendesup ke arahku.

“Ya, pelajar falsafah di kolej swasta,” jawabku malu-malu kucing. Retina mataku yang sebelum ini tanpa sengaja tertancap ke dadanya segera dialihkan.

 

     

“Bakal A. Samad Said ni,” usik Anish sambil gelak terkekek-kekek.

“Anish, awak buat apa je selain bekerja di tasik Biru?” Aku beranikan diri menyoal.

Anish terdiam sejeda. “Tentang itu saya cerita nanti-nanti sahajalah.”

Matahari membenamkan diri, menurut perintah ghaib daripada Ilahi. Bintang-bintang pula perlahan-lahan berkenjahan di gigi langit. Waktu bekerja sudah tamat. Usai solat, Mikael bersidai di tepi perhentian bas menghubungi pemandu teksi.

Hasyim tidak dapat mengambilnya kerana terpaksa mengikuti kuliah agama di masjid kolej kediaman Teratai. Hingga beberapa suku minit, teksi pun sampai mengambilku.

Pemandu lelaki dalam lingkungan 50-an, berkemeja lusuh dan berkulit menggerutu di muka itu terkadang menakutkan. Ada firasat buruk yang bermain dalam fikiranku. ‘Ish, lebih baik aku bersangka baik,’ monolog hatiku.

“Tadi saya dengar di panggilan telefon seperti suara perempuan,” tegur pak cik itu.

“Oh maaf pakcik, mungkin tekak saya ada masalah sikit,” balasku gugup. Keringat bertendensi sederhana menitik di persada dahiku.

“Pakcik buat part time memandu grab ya?” Aku cuba beramah mesra.

“Ya, pakcik juga ada pelanggan setiap malam yang pakcik perlu hantar ke club.”

Aku bersoal memanjang. Pelanggan setia? Club?

“Bila lihat adik, saya teringat pelanggan setia saya itu. Asalnya dia lembut macam adik juga. Tapi saya tawarkan tajaan operate buah dada silikon di Thailand, dan dia setuju,” tambah pakcik itu lagi.

Aku terkedu. Perbualan itu begitu mengejutkan. Emosiku sudah berkicauan untuk keluar dari kereta.

Memang aku ini lembut sedikit kerana mungkin atas faktor masalah biologi tetapi tidak sangka keletah dan tingkahku dipandang serong pula.

“Tapi pakcik saya bukan lelaki lembut berniat menukar jantina saya. Tambahan saya tidak bernafsu pada kaum sejenis!!” Aku membidas dengan lancang tetapi tangan pakcik itu sudah mula merayap-rayap ke pahaku.

Kerisauanku juga bertambah apabila pakcik itu mengubah haluan jalan ke kolej kediaman.

“Pakcik, boleh tak saya nak ke tandas sekejap. Boleh berhenti di PKSN seberang,” aku berpura-pura memulas perut.

“Baik, saya tunggu adik.”

Aku mengambil langkah seribu dan menjauhi dari kereta tersebut. Di tandas, aku menghubungi Hasyim dalam ketakutan. Tidak terduga perkara ini boleh terjadi padaku. Hasyim tiba dengan motosikalnya.

Kelibat kereta yang dipandu pakcik psiko itu sudah hilang. Aku bukan jenis yang pandai melawan apatah jika diasak sebegitu rupa. Terus aku ceritakan kepada Hasyim segala-galanya tentang peristiwa yang berlaku.

“Lain kali kamu berhati-hati ya. Belajar melawan, jangan biar orang ambil kesempatan,” nasihat Hasyim.

Pada malam itu, Mikael menumpang di bilik Hasyim. Nota-nota kuliah pengajian tazkiyah an-nafs maghrib tadi diletakkan di atas meja.

Mikael sengaja membelek-belek nota sahabatnya itu manalah tahu ada ilmu baru yang dapat digarapnya. Di dalam nota itu tertulis berkenaan sejenis bangsa syaitan bernama Wasim.

 

– bersambung Terbelenggu Oleh Syaitan LGBT (bahagian 2-akhir) –

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Fajrul Islam bin Baharudin. Berasal dari Ipoh, Perak. Seorang pelajar Akidah dan Falsafah di Universiti Al-Azhar, Mesir. Minat menulis karya eceran dan karya sastera estetika. Koleksi penulisannya boleh didapati di www.tarbiahqalbu.wordpress.com

Anda berminat untuk menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam dan berpeluang memenangi hadiah Utama RM300 dengan cara menghantar artikel hasil penulisan anda? Klik sini

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%