Ada tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di Padang Mahsyar.
Siapakah mereka?
Alangkah beruntungnya jika kita tergolong dalam golongan tersebut.
Nabi SAW bersabda: “Ada tujuh golongan yang akan dinaungi Allah dalam naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya…” (Hadis riwayat al-Bukhari)
– Pemimpin yang adil.
Kita semua adalah pemimpin kepada orang lain. Adillah dalam memimpin. Jadilah seorang yang amanah dan bertanggungjawab.
– Orang yang hatinya terpaut dengan masjid.
Rajinkan diri ke majlis ilmu dan berjemaah di sana.
– Dua orang yang berkasih-sayang kerana Allah, berjumpa dan berpisah kerana Allah.
Suka bersahabat, memanjangkan ukhwah dan bersilaturahim dijadikan sebagai amalan.
– Orang yang bersedekah senyap-senyap hingga tangan kiri tak tahu apa yang dilakukannya.
Maksudnya, ikhlas dalam membantu orang lain.
– Orang muda yang membesar dalam beribadah kepada Allah.
Beramal sejak usia muda dan tidak terbawa dan ikut dunia hiburan yang melalaikan.
– Seseorang yang digoda wanita yang berkedudukan, lagi lawa tetapi dia menolak, “sesungguhnya aku takut akan Allah!’
Sangat menjaga mata, perlakuan dan maruah diri. Takutkan Allah dan menjaga pergaulan dengan yang bukan mahram.
– Orang mengingati Allah sendirian lalu mengalir air matanya.
Suka bermuhasabah diri dan berqiamulail selalu.
Tingkatkan usaha kita. Moga kita semua berjaya ke syurga, insya-Allah.
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Anem Arnamee. Terlibat dalam beberapa buah antologi cerpen dan puisi. Boleh juga mengikuti perkembangan beliau di https://arnamee.blogspot.my
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.