,

Diari Mencari Kebahagiaan

Kebahagiaan. Semua manusia mendambakan kebahagiaan. Dan ia seringkali dikatkan dengan ketenangan.

How can we find it? Melalui hidayahNya.

I think I’m recollecting the puzzle of hapiness now. Piece by piece.

Hidayah datang dengan pelbagai cara, ada melalui dugaan, ada melalui ‘rasa’ yang datang tiba-tiba… dan ada juga melalui kebahagiaan yang dirasai itu sendiri.

So what am I saying? I had once feels themduring my lazy day watching movies then I suddenly felt that ‘rasa’ which make me thinking at that time, what if tiba-tiba malaikat maut datang?

What if nyawa aku dicabut waktu tu? How will I face Him?

Thinking of that suddenly aku rasa takut sangat… seram sejuk. Tapi aku hanya mengenepikannya dan terus menonton televisyen yang menyiarkan cerita entah apa-apa itu.

Bila terkenangkan balik… aku rasa nak menjerit, bodohnya aku! Sombongnya aku dengan Tuhan!

Ya Rabb… aku tidak tahu… apa dan bagaimana perjalananku selepas ini… dan sungguh aku malu, kerana sudah berjuta kali aku menyatakan rasa maluku padaMu…

Tapi aku kembali menjauhkan diri daripadaMu… sungguh, sekali terlekat perasaan cintakan duniawi… secara automatik… aku makin jauh dariMu.

Ku raup muka berkali-kali. Beserta sejuta penyesalan yang menggunung tinggi. Lalu aku tanyakan pada diri, sudah bersediakah aku? Bersedia untuk berlari ke arahMu tanpa memandang ke belakang lagi.

Aku tersenyum sendiri. Ironi. Rasa sinis pada diri sendiri. Haih diri… dulu duk sibuk buat dosa macam buat air, sekarang nak berubah… mampu ke?

Itu bisikan dari dalam diriku sendiri. Tapi sungguh, aku yakin, Allah itu maha pengampun. Bukan! Bukan aku maksudkan ‘takpe… buatlah dosa… nanti bertaubat confirm Allah ampunkan,’.

Tidak sama sekali. Tapi aku yakin dengan rahmatNya.

Oleh itu Ya Rabb… hadirkanlah keikhlasan di hati ini… supaya aku berhijrah semata-mata keranaMu.

Alangkah indahnya kalau kini aku merasakan keikhlasan itu. Ya rabb, aku mahukan keikhlasan itu. Sungguh, hambaMu ini sangat memerlukanMu.

Aku tahu ya Allah, banyak dosaku sehingga ketinggian gunung belum mampu menandinginya… memikirkannya pun aku dah rasa sakit, sakit dalaman yang tiada sesiapa boleh mengubatinya melainkanMu.

Tapi aku mohon ya Rabb, aku mohon agar Engkau mengampunkan kelalaianku, kealpaanku… supaya dengan ini aku dapat mencapai, merasai dan mengecapi kebahagiaan dalam erti kata sebenar.

Kebahagiaan yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan kejayaan duniawi.

Aku tersenyum lagi. Tiba-tiba teringat pula kata-kata seorang rakan sekolahku, “Dalam banyak-banyak checkpoint dalam hidup kita ni, akan tiba satu checkpoint yang mana kita akan terfikir balik… the real reason why we live. Why He created us… dan waktu itulah kita akan berhenti sebentar, berhenti untuk mencari diri sendiri yang sudah lama hanyut dengan benda sementara,” sungguh aku setuju dengan kata-katanya.

And maybe i am reaching that checkpoint now. Tak lepas dan cuba lagi. Baru nak lepas checkpoint dengan jayanya namun tiba-tiba terlalai semula.

Cuba dan terus cuba sebab once kita melepasi checkpoint mengenali diri sendiri tu, kita akan berjalan ke checkpoint-checkpoint lain dengan ketaqwaan yang utuh di dalam diri.

“Dengan mengenali diri sendiri, kita akan mengenal Allah.”

Aku suka sangat dengan quote tu. Rasa kena dengan diri. Kerana hakikatnya aku juga sedang cuba untuk mengenali diri sendiri. Kebahagiaan. Aku dambakanmu. Tuhan, aku cintakanMu.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Maiya. Seorang hamba.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Total votes: 3

Upvotes: 3

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%