,

Terbang Bersama Sayap Kebahagiaan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera saya titipkan buat semua pembaca sekalian.

Moga-moga Tuhan memberikan kesihatan dan kekuatan untuk kita semua agar kita dapat memberikan maafaat bukan sahaja kepada manusia bahkan seluruh mahluk yang ada di muka bumi ini.

Tajuk penulisan saya pada kali ini ialah “Terbang Bersama Sayap Kebahagiaan”.

Saya ingin tanyakan satu persoalan agar para pembaca sekalian boleh berfikir bersama. Adakah kita hidup dengan sayap kebahagiaan atau adakah kita terbang dalam kehidupan bersayapkan kebahagiaan?

Hari ini kita dapat melihat berapa ramai yang gagal terbang dengan sayap kebahagiaan bahkan mereka terbang dengan sayap kehampaan.

Pertama, kita perlu memahami terlebih dahulu makna kebahagiaan itu kerana kebahagiaan itu mempunyai banyak tafsiran dan makna.

Orang miskin mentafsirkan kekayaan itu sebagai sebuah kekayaan manakala orang kaya mentafsirkan pengaruh itu sebagai kebahagian.

Itulah tafsiran berbeza orang terhadap erti dan makna kebahagiaan. Merasa bahagia sudah pasti menjadi cita-cita semua orang tetapi jika kita bercita-cita untuk bahagia sebenarnya kita tidak akan bahagia.

Seterusnya, kita juga dapat melihat terdapat orang yang memiliki kekayaan tetapi tidak hidup bahagia dan ada orang yang memiliki pengaruh tetapi tidak juga merangkul yang namanya bahagia.

Hal sebegini terjadi kerana kegagalan memahami makna bahagia yang sebenar. Iman Al-Ghazali pula berpandangan, “Bahagia dan kelazatan yang sejati, ialah apabila dapat mengingati Allah.”

Kebahagiaan sebenarnya adalah cara kita berfikir iaitu kita perlu fikir sesuatu yang kita perolehi bukan fikir sesuatu yang akan kita perolehi. Berbicara soal kebahagiaan mari kita lihat dalam Surah At Talaq ayat 2-3:

“Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”

Ayat di atas memberi penekanan terhadap 2 perkara iaitu Takwa dan Tawakal sebagai syarat dibukakan jalan-jalan dan keperluan dalam kehidupan sehingga kita dapat merasai makna kebahagian.

Kedua, kita perlu untuk memahami cara untuk mencapai yang dinamakan bahagia itu. Bahagia itu dapat dicapai apabila kita Redha yakni bersangka baik dengan Allah.

Contohnya, kita berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh untuk dapat keputusan cemerlang dalam SPM kemudian bertawakal.  

Sekiranya kita punya Redha setelah berusaha dan bertawakal maka segala keputusan atau hasil yang kita perolehi sama ada Success or Failure kita tetap akan berasa bahagia.

Jika kita berjaya dengan Redha kita akan bersyukur manakala jika kita gagal dengan Redha kita akan sabar.

Dalam keadaan kedua-dua situasi tersebut, kita akan menjadi orang yang bahagia dan hasilnya kita tidak akan pernah putus asa dalam kehidupan kerana sayap kebahagiaan telah pun kita miliki yakni Redha yang membawa kita terbang melintasi langit kehidupan.

Perkara yang paling penting adalah kita lakukan yang terbaik dan abaikan pandangan negatif orang lain serta jadikan kritikan yang diterima sebagai suatu Check and Balance dalam kehidupan untuk kita belajar dari kesilapan.

Akhir penulisan, semoga anda dapat merasa bahagia membaca penulisan kerdil saya ini. Usaha berputus asa kerana jalan kebahagian itu wujud cuma perlukan sedikit pengorbanan.

Berusahalah mencapai sesuatu untuk berjaya barulah kita bisa hidup bahagia. Mari menuju kebahagian yang hakiki.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Mazamirrul Bin Drahman. Merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam Dengan Kepujian dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan. Ikuti perkembangan beliau melalui Facebook: Mazamirrul Drahman.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Total votes: 6

Upvotes: 6

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%