,

Berdosakah Aku Belajar Tinggi-tinggi?

Baru-baru ini saya sempat menghubungi beberapa orang rakan berkenaan keadaan mereka selepas sahaja tamat graduan pada bulan Jun yang lalu.

Alhamdullilah, kebanyakan sahabat-sahabat saya sedang rancak membina kerjaya sunnah dengan terlibat dalam bidang perniagaan.

Namun begitu, kisah mereka bukanlah suatu perkara biasa bagi saya kerana mereka memang luar biasa belaka (loghat terengganu).

Mana tidaknya..

Berapa orang rakan sekelas saya semasa belajar sudah pun rancak melakukan perniagaan antaranya kereta sewa, jualan produk kecantikan dan kesihatan, jualan pakaian, jualan makanan, kelas tuisyen dan sebagainya.

Tetapi ada seorang rakan saya ini kerjanya bagus kerana menawarkan perkhidmatan pembersihan daripada rumah ke rumah.

Longkang.

Atap.

Ruang Tamu.

Memasang Langsir.

Segala macam pembersihan yang berkaitan dengan rumah dia berminat katanya :

“Aina, akak suka mengemas sebab bila dah habis mengemas tu rasa perasaan puas hati walaupun bukan rumah sendiri.”

Tak lupa juga,

Dia turut membuat popia basah dan servis menghantar daripada rumah ke rumah.

Hebat bukan?

Bagi saya seorang muslim yang berjaya adalah memberi manfaatnya pada orang lain seperti dalam hadith Rasullulah SAW: “Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat pada orang lain.”

Walaupun realitinya, kami masih muda dan kurang berpengalaman tetapi kudrat daripada Ilahi inilah kami cuba gunakan untuk dikongsikan.

Bagaimanapun, langit tidak selalunya cerah.

Wujud juga manusia zaman sekarang yang sering mengeluarkan kata-kata yang kurang enak kepada kami antaranya:

“Belajar tinggi-tinggi kerja ini sahaja?”

“Tak guna belajar tinggi-tinggi kalau sampai sekarang pun tak dapat kerja tetap!”

“Alahh, nanti engkau kerja bukan berguna pun sijil tinggi-tinggi engkau tu!”

Itu belum lagi cerita pengalaman sahabat-sahabat saya yang berpraktikal semasa belajar dahulu.

Ada yang didiskriminasi dan dibuli oleh staf tetap kerana katanya:

“Awak kan pelajar degree takkanlah tak tahu nak buat.”

Hello guys?

Sedarkah kalian, bahawa setiap insan sejak bayi lagi berlatih dan memerlukan sokongan daripada ibu bapa untuk berjalan.

Apatah lagi kami golongan muda yang kurang berpengalaman.

Sedih tahu?

Manusia yang sering mencerca kami adalah golongan seagama dan dikira saudara Islam kami.

Tidakkah kalian tahu bahawa ulama’ dan ilmuwan dahulu kala mengambil masa yang lama untuk mempelajari sesuatu ilmu.

Bahkan Imam Syafie mengambil masa 10 tahun lamanya untuk belajar dan mengamalkannya.

Hah, kita ini bagaimana?

Hanya rakyat marhaen sahaja…

Yang diberi peluang oleh Allah SWT melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya dalam tempoh 4 atau 5 tahun sahaja.

Jangan dihina apa yang mereka pelajari kerana kalian perlu tahu bahawa tangisan air mata, wang ringgit, masa bersama keluarga dan pengorbanan lain dikorbankan mereka sepanjang tempoh tersebut.

Kalian yang tidak berpeluang menjejakkan kaki ke menara gading juga usah bersedih hati,

kerna banyaknya majlis-majlis ilmu yang ada di Malaysia.

Kami sendiri sedar bahawa sijil tinggi-tinggi itu hanyalah pelepasan di dunia sahaja namun di akhirat Iman dan Taqwa yang mendahului segalanya.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling berTAQWA diantara kamu.” (Surah Al-Hujurat :13)

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nur Aainaa binti Abu Zaki, lebih dikenali sebagai Sis Aainaa. Beliau merupakan Co-Founder (II) Spread The Love Project. Sebarang informasi terkini boleh merujuk di FB Aainaa Zaki dan Instagram Aainaa Zaki.

Anda berminat untuk menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam dan berpeluang memenangi hadiah Utama RM300 dengan cara menghantar artikel hasil penulisan anda? Klik sini (Tarikh tutup: 15/11/2018. Artikel terpilih akan disiar sehingga 15/12/2018)