Wahai umat yang dikasihi,
Kekasih Allah sentiasa melimpahkan cahaya,
Dunia yang gelap gelita menjadi terang,
Tiada siapa pun mampu mengantikannya,
Hatta seorang ilmuwan pun masih terkurang.
Helaian demi helaian ku hayati,
Takjub sungguh dengan pelbagai rangkai katanya,
Ku kira buku ini perlu ada pada setiap manusia. Rugi kepada siapa yang tidak membacanya.
“Mengapa ya?”
Kerana di sini anda akan merasai nikmatnya kesihatan yang diberi andai dipraktikkan.
Saya tahu kita manusia mungkin payah untuk mengamalkan setiap apa yang dipelajari.
Usah bimbang wahai sahabat seakidahku, Imam Ghazali juga seorang ilmuwan.
Beliau adalah seorang ilmuwan yang mahir dalam bidang tasawwuf.
Kalian tahukah berapa lama beliau mahu mengamalkan ilmu yang telah dipelajarinya?
“Aku mengambil masa 10 tahun untuk mengamalkan segala ilmu tasawwufku,” bicara Imam Ghazali.
Jika beliau seorang ulama’ bertaraf ahli sufi mengambil masa selama 10 tahun untuk mengamalkan apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang sentiasa mempunyai dosa.
“Ya Allah, kuatkanlah kami di jalanmu ini.Moga jalan ini mampu memberi sinaran kehidupan kami seterusnya di dalam redhamu.”
“Opps, maaf! Sudah panjang berjela mukadimah saya. Tujuan saya hanya satu iaitu, ingin semua sahabat jatuh cinta pada buku ini “Mengapa Rasullulah Tidak Pernah Sakit”.
Cari tahu buku ini! Peringatan daripada saya.
Tiba-tiba terimbas di fikiran kata-kata magis daripada bondaku.
My mom said: “We eat when we read.”
“Yarh, that’s right mom! Hati kita akan keras pabila tidak diisi. Begitu juga apabila kita membaca pasti kita akan mendapat ilmu yang baru. Tapi jangan dilupa, dalam masa yang sama hati kita pasti dapat mengisi kekosongan yang ada dan perlu ada rasa syukur itu,” monologku sendirian.
Buku ini mengambarkan pada kita perbezaan ketara antara manusia yang bertuhan dan tidak bertuhan.
Kebanyakan manusia yang berpegang pada si Pencipta adalah sihat tubuh badannya berbanding dengan si atheis.
Fakta telah menyatakan bahawa 80% manusia di dunia yang sihat adalah yang mempercayai Tuhan dan selebihnya adalah golongan yang prejudis terhadap sang Pencipta.
Anda yang mana?
Saya akui sebagai seorang Muslim wajib seseorang itu mempercayai keimanannya pada Allah SWT. Ia telah pun termaktub di dalam rukun iman yang pertama.
6 – 1 = 0
Mengapa kosong?
Rukun yang kurang iktikad pada salah satu tidak akan menjadikan anda semua Muslim yang sempurna.
Lihat agama Islam ini sempurna di mata manusia. Agama ini tidak mengajar kita meninggalkan semua yang tidak berkaitan dengan akhirat.
Ia menyuruh kita pelihara semua habluminnaAllah wa habluminnas. Mempercayai Allah, kitab, para malaikat, para rasul, hari kiamat serta qadha dan qadar daripada Tuhan. Ini semua telah merangkumi aspek dalam kehidupan pada setiap individu Muslim.
Hanya tinggal tahap keiktikadan kita sahaja!
Suka saya memetik kata-kata Socrates dalam dunia perubatan. Beliau telah menyatakan bahawa:
“Aku yang membalut luka akan tetapi Tuhan yang menyembuhkan aku.”
Lihat saudara-saudari yang ku kasihi,
Tinggi sungguh kepercayaannya pada Tuhan. Walaupun kita tahu bahawa dia bukanlah seorang Muslim. Realiti dunia pada hari ini ramai orang Islam berpaling pada Tuhan.
Mereka hanya percaya dengan ubat dan pembedahan mereka boleh sihat. Jika anda di dalam dunia perubatan anda dikira sebagai pengikut Askleopios iaitu memilih untuk mengubati dari luar.
Walaupun hakikat ianya tidak menyimpang akan tetapi ia menyeret dunia kesihatan menjadi mahal dan memerlukan sumber ekonomi yang mahal.
So, apalagi sahabat-sahabat!
Ubahlah segala sangkaan-sangkaan yang tidak sepatutnya. Sebenarnya kita sebagai seorang Islam perlu memilih untuk menjadi di kalangan golongan Hygeia. Di mana golongan perubatan ini mengajar kita hukum-hukum alam.
Konsep ini telah mengajar bagaimana seorang manusia itu menjelajahi kekuatan dalaman badan mampu melawan penyakit.
Rasanya tidak salah jika saya katakan ianya aura dari badan manusia itu sendiri dari sudut kebergantungan dia pada Tuhan.
Setiap irama perbuatanNya perlu dijadikan teladan buat umat Islam. Nabi Muhammad SAW dijadikan untuk manusia supaya dijadikan suri teladan dalam kehidupan Muslim.
Mengapa kita bersusah payah mencari serta mengambil orang-orang tertentu sebagai contoh kita dalam mengamalkan hidup yang sihat. Itu semua tidak perlu selagi anda mengaku Muhammad itu petunjuk bagi kita semua.
Dalam dunia perubatan sendiri mengakui bahawa tidak ada sesiapa pun di dalam dunia ini yang hanya sakit sebanyak 2 kali kecuali Nabi Muhammad sahaja.
Anda bagaimana?
Rungkailah segala melodi kehidupan baginda Rasullulah. Yakinlah bahawa melodi-melodi ini tidak akan berhenti irama selagi manusia di bumi ini melakukannya. Bermula dari tidur hinggalah anda diizinkan bangun semula keesokan hari.
Air wudhuk penyeri setiap anggota,
Halal dan toyyib menjadi pilihan untuk dihadam,
Berlari, berkuda, memanah dan berenang menjadi pilihan,
Rahsia gaya hidup sihat islami sepanjang zaman,
Hanya ada pada Muhammad SAW,
Mahkota kita terletak dalam diri sendiri.
Akhir bicara, teringin saya memetik sepotong hadith yang sering kita semua dengar tapi dalam hakikat kehidupan kita atau saya sendiri tidak cuba menjadikannya ibrah dalam hidup.
“Dua nikmat yang sering dilupakan manusia iaitu kesihatan dan masa yang lapang.” (direkodkan oleh Bukhari)
Dalam hadith ini saya cuba untuk menghighlightkan kesihatan kerana ia umpama sirna sang matahari yang hadir nian hari tanpa disedari manfaat serta dianggap tiada apa-apa.
Peliharalah kesihatan diri kerna ianya fardhu ain buat kita. Tubuh dan kesihatan adalah amanat daripada Ilahi yang perlu dijaga oleh setiap insani.
Waallahua’lam.
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Nur Aainaa binti Abu Zaki, lebih dikenali sebagai Sis Aainaa. Beliau merupakan Co-Founder (II) Spread The Love Project. Sebarang informasi terkini boleh merujuk di FB Aainaa Zaki dan Instagram Aainaa Zaki.
Anda berminat untuk menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam dan berpeluang memenangi hadiah Utama RM300 dengan cara menghantar artikel hasil penulisan anda? Klik sini (Tarikh tutup: 15/11/2018. Artikel terpilih akan disiar sehingga 15/12/2018)