,

Apakah Perbuatan Halal Yang Paling Dibenci Allah SWT?

Islam ialah agama yang menitikberatkan kebahagiaan suami isteri.

Namun, sekiranya perkahwinan tidak dapat diteruskan lagi kerana masalah yang melanda.

Malah masing-masing sudah tidak dapat menunaikan hak yang sepatutnya, maka Islam menyediakan jalan keluar iaitu perceraian.

Walaupun ia perbuatan halal yang paling dibenci Allah.

Dalam hadith riwayat Abu Daud, Rasulullah Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

Perbuatan halal yang paling dibenci Allah ialah talak. 

(Hadith riwayat Abu Daud)

Talak ialah kalimah daripada bahasa Arab yang bermaksud melepaskan atau menceraikan.

Jika suami melafazkan talak kepada isteri, maka hilanglah ikatan perkahwinan mereka dan isteri berada dalam keadaan idah.

Dalam tempoh idah, jika mereka ingin berdamai semula, maka mereka boleh rujuk semula tanpa perlu ada proses nikah yang baharu.

.

.

Lafaz talak ada dua bahagian, iaitu:

1. Talak sarih (jelas)

  • Contohnya, Aku ceraikan kau dengan talak satu.

  • Talaknya sah, perkahwinan berakhir walaupun tanpa niat dan saksi kerana lafaz talaknya jelas.

2. Talak kinayah (tidak jelas atau sindiran)

  • Contohnya, Aku tak ingin kau lagi, pergi balik rumah orang tua kau.

  • Talaknya sah jika suami memang berniat untuk menceraikan isteri ketika melafazkan kalimah itu.

  • Talaknya tidak sah jika suami tidak berniat untuk menceraikan isteri.

  • Boleh merujuk pada pihak Mahkamah Syariah sekiranya berasa ragu dengan lafaz yang diucapkan suami.

.

.

Talak terbahagi kepada enam jenis, iaitu:

1. Talak raj’ii

  • Boleh rujuk semula ketika isteri dalam idah.

2. Talak ba’in

  • Tidak boleh rujuk semula isteri melainkan ada syarat yang perlu dipatuhi (talak ba’in kubra, talak ba’in sughra).

3. Talak bid’i

  • Talak sah tetapi suami berdosa, kerana cerai isteri ketika dalam haid, nifas, atau selepas bersetubuh dengannya.

4. Talak battah

  • Talak yang dilafaz suami buat selama-lamanya, ia dikira berdasarkan niat suami.

5. Talak sunni

  • Talak yang mengikut sunnah Nabi iaitu diceraikan ketika isteri dalam keadaan suci haid dan sebelum melakukan persetubuhan.

6. Menjatuhkan talak tiga sekaligus

  • Tidak boleh rujuk semula melainkan setelah isteri berkahwin dengan orang lain dan suami baharunya ceraikan atau mati (talak tiga).

.

.

Sebagai kesimpulan, Islam ialah agama yang sangat adil dan menentang kezaliman.

Jadi, sekiranya pasangan suami isteri sudah tidak mampu menunaikan tanggungjawab masing-masing, berpisahlah dengan cara baik supaya tiada pasangan yang terasa dizalimi atau ditindas.