,

Bagaimana Terbentuknya Pelbagai Mazhab Dalam Islam?

Ketika Rasulullah masih hidup, segala perkara yang berkaitan hukum agama boleh ditanya terus oleh para sahabat.

Namun, setelah Baginda wafat, macam mana?

Untuk pengetahuan korang, perselisihan pertama yang berlaku dalam kalangan sahabat setelah baginda wafat adalah mengenai,

Pandangan sama ada Nabi benar-benar wafat atau hanya diangkat oleh Allah ke sisi-Nya.

Sehinggakan, Abu Bakar r.a. akhirnya baru berjaya menenangkan Umar r.a yang pada awalnya tidak boleh menerima kewafatan Baginda.

Setelah itu, berlaku pula perselisihan para sahabat dalam memilih khalifah dan mengenai kaum murtad yang enggan membayar zakat.

Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. yang juga merupakan khalifah-khalifah terawal Islam sudah berusaha sebaik mungkin untuk mengelak daripada berlaku perselisihan.

Tetapi masih juga berlaku.

Secara tidak langsung, perselisihan pendapat dalam kalangan sahabat menjadi titik tolak lahirnya mazhab dalam kalangan umat Islam di kemudian hari.

Ok, korang pernah dengar pasal Ahl Al-Hadith dan Ahl Al- Ray’i?

1. AHL AL-HADITH:

  • Golongan yang banyak bersandarkan Al-Quran dan hadith bagi memahami dan mengistinbat hukum Islam.
  • Mereka tidak begitu berani memberi fatwa terhadap masalah baharu jika masalah itu tidak ditemukan dalam Al-Quran dan hadith.
  • Mereka amat bimbang sekiranya pandangan mereka tidak menepati kehendak Allah.
  • Contoh mazhab sunni yang mengikuti madrasah Al-Hadith ialah mazhab Maliki yang berpusat di Hijaz.

2. AHL AL-RAY’I:

  • Golongan yang banyak bersandarkan akal di samping menggunakan sandaran asas daripada Al-Quran dan hadith bagi memahami dan mengistinbat hukum Islam.
  • Hal ini adalah kerana semakin banyak permasalahan baru yang muncul, jadi mereka tidak boleh bergantung pada nas lahiriah sahaja dan perlu memberikan fatwa.
  • Contoh mazhab sunni yang mengikut madrasah Al-Ray’i ialah mazhab Hanafi yang berpusat di Iraq.  

Walaupun ada perbezaan daripada segi cara mengistinbat hukum Islam,

Tetapi semuanya merujuk pada sumber yang sama iaitu Al-Quran dan hadith yang dijadikan sebagai asas.

Sebab itu jugalah, syariah berbeza dengan fiqh.

Syariah ialah perintah dan larangan Allah kepada umat Islam melalui perantaraan Rasulullah.

Fiqh pula ialah hukum yang bersifat amali (praktikal) yang diperoleh daripada dalil yang terperinci.

Kebanyakan hukum fiqh adalah berdasarkan ijtihad, tidak seperti hukum syariah.

Mereka berbeza pemahaman dalam hukum fiqh sehingga berlakulah ikhtilafat yang membawa kepada terbentuknya pelbagai mazhab dalam Islam.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%