Rasulullah Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا
“Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga. Sesungguhnya jika seseorang yang sentiasa berlaku jujur, sehingga dia akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya kedustaan itu akan mengantarkan (menuju) pada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu akan menggiring (menuju) ke neraka. Dan sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta, sehingga akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta.” (Hadith riwayat Bukhari)
Selalunya, berkata benar atau bohong ni ditentukan pada kesannya. Kalau kesannya baik atau tidak memberikan apa-apa kesan, seseorang akan memilih untuk berkata benar. Sebaliknya, kalau kesannya buruk, seseorang lebih memilih untuk bohong bagi menyelamatkan dirinya.
Namun… tidak bagi Masyitah.
Ok, kalau korang di tempat Masyitah, adakah korang memilih untuk berhelah atau berbohong, iaitu di mulut mengikut kata-kata Firaun supaya mengaku Firaun sebagai tuhan, tetapi di hati memilih Allah?
Tak perlu beri jawapan, mungkin korang akan ada justifikasi masing-masing.
Adakah Masyitah tak tahu bahawa dia confirm akan dibunuh bila dia mengaku beriman kepada Allah? Adakah Masyitah tak tahu bahawa nyawa anak-anaknya berada dalam bahaya jika dia berkata benar kepada Firaun?
Mestilah Masyitah tahu risikonya! Lagipun, siapa yang tak kenal Firaun, sejahat-jahat manusia yang mengaku tuhan?
Masyitah berserah diri sepenuhnya pada Allah, dalam keadaan dia sedar bahawa dia tidak mampu melawan, tetapi dia masih memilih untuk mengatakan bahawa tuhan kepada Firaun ialah Allah. Berani betul.
Kita ni pula contohnya, bila tak siap assignment atau homework, macam-macam helah atau kebohongan yang kita cakap pada pensyarah atau guru. Sedangkan, tak adalah sampai nyawa kita terkorban kalau kita berkata jujur.
Lalu, apa usaha yang perlu kita lakukan untuk mencapai martabat seperti Masyitah?
Nota kaki : Artikel ini ditulis oleh Aizuddin Hamid. Layari https://t.me/aizuddinhamiid untuk perkongsian bermanfaat.