, ,

Pembahagian Dan Jenis Hadis Berdasarkan Tiga Sudut

Korang tahu tak, pembahagian dan jenis hadis boleh dilihat dari tiga sudut?

Tiga sudut pembahagian hadis merujuk kepada:

(a) Bilangan perawi

(b) Kecapaian sanad

(c) Penerimaan dan penolakan

 Sekarang, kita lihat pula jenis hadis bagi setiap pembahagian itu:

BILANGAN

(i) Mutawatir

– Hadis yang diriwayatkan secara ramai tanpa had.

– Terbahagi kepada dua iaitu: Mutawatir lafzi (dengan sebutan dan makna yang sama) dan Mutawatir ma’nawi (dengan makna sahaja).

(ii) Masyhur atau mustafidh

– Hadis yang diriwayatkan lebih dua orang perawi.

(iii) Aziz

– Hadis yang diriwayatkan dua orang perawi sahaja.

(iv) Gharib atau fard

– Hadis yang diriwayatkan seorang perawi sahaja.

– Terbahagi kepada dua iaitu: Fard mutlaq (pada asal sanad iaitu sahabat) dan Fard nisbi (pada sanad sahaja bukan asalnya)

KECAPAIAN SANAD

(i) Qudsi

– Hadis yang disandarkan kepada Rasulullah namun ia daripada Allah

(ii) Marfu’

– Hadis yang disandarkan kepada Rasulullah sama ada perkataan, perbuatan, pengiktirafan atau sifat

(iii) Mauquf

– Hadis yang disandarkan kepada golongan sahabat sama ada perkataan, perbuatan, pengiktirafan atau sifat

(iv) Maqtu’

– Hadis yang disandarkan kepada tabiin atau seterusnya sama ada perkataan, perbuatan, pengiktirafan atau sifat

(v) Musnad

– Hadis yang bersambung sanad dan disandarkan kepada Rasulullah

(vi) Isnad a’li

– Hadis yang ada bilangan perawi sedikit berbanding sanad yang lain

(vii) Isnad nazil

– Hadis yang ada bilangan perawi banyak berbanding sanad yang lain

PENERIMAAN DAN PENOLAKAN

(i) Penerimaan atau hadis maqbul

– Sahih, hasan, sahih lighayrih, hasan lighayrih

(ii) Penolakan atau hadis daif

– Kerana terputus sanad : mu’allaq, mursal, mu’dhal, munqati’, mudallas, mursal khafi

– Kerana tercela : maudhu’, matru’, munkar, mu’allal, mudarraj, maqlub, al-mazid fi muttasil sanad, mudhtarib, musahhaf, muharraf, mubham, syaz

Wallahu’alam.