Assalamualaikum.
Kembali lagi ke ruangan yang menjadi ikutan ramai.
Kali ini saya mahu menceritakan tentang kehidupan wanita atau pun lelaki pada masa kini. Zaman yang moden, vogue, maskulin dan penuh dengan kemewahan serta kebendaan.
Dari segi realiti banyak perbezaan yang ketara kita boleh nampak. Kadang-kadang wanita lebih suka menyerupai lelaki dan lelaki pula mencuba untuk menyerupai wanita.
Berita terkini juga telah banyak menyebarkan dan menceritakan tentang tragedi pengkid, lesbian dan transgender.
Semakin mewah, semakin dunia lebih berteknologi tetapi kehidupan manusia terlalu ‘advance‘ sehingga mengiyakan yang haram.
Subhanallah…
Sebagai manusia yang normal sudah tentu terfikir akan cara tindak tanduk yang tidak betul.
Mereka itu bukan abnormal tapi saluran jiwa rohaniah yang ingin mencuba dan mencari kesesuaian serta keserasian dalam hidup yang menjadikan epilog hitam.
Kenapa perlu berkelakuan yang sebegitu?
Semua lengkap. Berpendidikan, berjawatan, lahiriah dan rohaniah yang amat hebat dan sempurna, penuh kemewahan dan hanya petik jari sekiranya berkehendak dengan sesuatu keperluan.
Masyaallah! Di mana erti keindahan dalam hidup. Apa sebenarnya yang dicari dan dimahukan?
Adakah suka mencari masalah yang boleh diselesaikan dengan baik atau pun sudah tersurat daripada Allah dengan perlakuan sebegitu?
Wallahualam… hanya Dia yang boleh menjawab.
Bahkan para alim ulama sentiasa menasihati dan mengingatkan kepada semua umat manusia agar menjauhkan diri daripada perlakuan-perlakuan yang membolehkan Allah rasa murka.
Kita juga telah didedahkan akan azab sengsara dan balasan daripada Allah sekiranya melakukan perkara terkutuk.
Apakah tiada rasa takut dengan balasan azab Allah atau cuba untuk melawan kuasa Allah?
Memang, tidak semua yang begitu dan hanya sebilangan. Tetapi sebaliknya jika tiada penguasaan yang tegas, tidak mustahil masalah ini akan berterusan melarat sehingga diibaratkan seperti tiada jalan keluar untuk menghapus, menimbus dan mengatasi masalah anti sosial yang makin mengelirukan ini.
Semakin berat dan semakin berani melakukan dan bertindak mengikut hawa nafsu tanpa pengawalan.
Sistem kita tidak longgar. Undang-undang ada tetapi perlakuan dan tindak-tanduk seperti tiada sistem, tiada undang-undang dan semakin berani mempamerkan masalah yang merosakkan dan cuba merumitkan keadaan.
Semakin ketat undang-undang semakin menjadi-jadi. Tidak ada noktah untuk memperelokkan keadaan yang semakin mengeruh.
‘Go,Go and Go’ untuk agama, bangsa dan negara. Terus membanteras mereka yang songsang dan menyongsangkan diri.
Hidup kena melawan yang negatif dan terus positif untuk gembira, aman bahagia dan keluar dari kepompong masalah jiwa dan duniawi.
Ayuh rakyat Malaysia! Kita sudah 61 tahun merdeka. Oleh itu merdekakan diri kita semua daripada segala gejala serong. InsyaAllah…
Ditulis oleh:Hjh.Rozitah Ahmad.Nilai,Negeri Sembilan.
Tarikh:26hb September 2018.
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Hajah Rozitah binti Ahmad. Berusia 45 tahun dan merupakan ibu kepada 4 orang anak. Menetap di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan. Bekerja di syarikat Logistics di KLIA. Minat menulis dan subjek sastera.
Suka melihat alam sekeliling, suka melihat gelagat manusia untuk digambarkan dalam penulisan dan suka melihat lukisan. Suka melancong, mengumpul magnet, mengumpul stem dan mendengar lagu.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.