,

Siapa Kita Untuk Merasa Tinggi Dan Sombong?

Wahai Saudaraku,

Apabila dirimu merasakan diri mu terlalu HEBAT, maka pulangkan kembali kepada yang MAHA HEBAT (ALLAH).

Apabila kau rasa diri ini terlalu SEMPURNA, pulangkan kembali semuanya kepada yang MAHA SEMPURNA (ALLAH).

Wahai Saudaraku,

Tidak perlulah kita BERBANGGA dengan apa yang kita ada dan tidak perlulah kita MENDABIK DADA dengan secebis PINJAMAN ini.

Kerana yang terlihat HARI INI belum tentu terlihat ESOK.

Wahai Saudaraku,

Setelah selesai umur kita di dunia, maka pulanglah semua kembali kepada yang BERHAK. Semua orang ada masalah, semua orang ada jalan cerita masing-masing.

Maka TIDAK perlulah berhujah seperti kita seorang sahaja yang telah melepasi ujian ALLAH yang MAHA HEBAT.

Sedangkan ALLAH lah yang memberi UJIAN dan ALLAH lah yang memberi JAWAPAN kepada kita.

Wahai Saudaraku,

Jadi siapa kita? Kita tidak ubah seperti BONEKA yang tidak punya apa, hanya DIPINJAMkan ROH untuk merasai nikmat DUNIA yang sementara.

Lalu, apakah kita masih lagi ingin merasa RIAK? Apakah kita masih lagi merasa TAKBUR?

Setelah kita sendiri tahu SIAPA KITA SEBENARNYA.

Wahai Saudaraku,

Jadi di mana ARAS kita? setinggi menara? gunung?

Hanya kerana kita telah berjaya menangkis semua ujian MAHA PENCIPTA sedangkan yang memberi dan memulang kembali UJIAN adalah ALLAH.

Adakah kita mengakui idea itu daripada kita? adakah kita mengakui ilmu itu daripada kita? kita punya? kita yang buat? kita yang dapat?

Wahai Saudaraku,

Ingatlah bahawa diri ini tidak punya apa-apa, melainkan ALLAH yang ingin dikenali. Maka ALLAH jadikan pelbagai kejadian untuk kita kenali ALLAH.

Tetapi sayangnya, ALLAH memberi kepada yang ALLAH mahu sahaja dan pilihan itu sudah ditetapkan oleh ALLAH.

Wahai Saudaraku,

Kita TIDAK akan tahu, sedangkan ALLAH sudah MAHA TAHU. Maka BERSYUKURLAH dengan apa yang ada dan terimalah hakikat kejadian kita.

Ketahuilah bahawa perjalanan kita bukan semuanya sama, cuma sama pada satu tujuan, iaitu mencari dan mengenal AWAL AGAMA (MAKRUFATULLAH).

Wahai Saudaraku,

Maka ku berpesan akan perihal ini untuk diriku terlebih dahulunya dan buat pedoman kalian semua yang membacanya.

Semoga ia membawa manfaat ke atasku dalam memperbaiki diri dan juga buat kalian semua. InshaALLAH.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Al-Faqirah Qoba Qausain Au Adna (nama pena).

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%