,

Nota Pendek Untuk Diri Yang Selalu Lupa

“Bangun Subuh kalau kau nak kaya raya, berjaya!”

Tapi, yang itu juga lah yang selalu kau tinggal.

1. Tuhan

2. Keluarga

3. Kerja

Ini urutan yang selalu kau lupa… kemudian kau rasa kurang, tak tentu arah, jiwa kacau.

Sekarang, kau rasa jauhnya kau daripada keluarga tercinta, kawan-kawan yang setia mendengar luahan hati.

Siapa yang ada?

Tuhan minta jumpa Dia 5 kali sehari.

Malangnya, kau selalu pentingkan manusia lebih daripada Tuhan. Jelas kau lupa dari mana datangnya nikmat yang kau dapat.

Bila Dia tarik nikmat yang kau rasa, baru terduduk tersandar, buntu, “Apa salah aku?”

Minta banyak-banyak kepadaNya sebab Dia tahu kau tu lemah. Dia bagi pinjam kekuatan.

Alhamdulillah… kau dapat teruskan kayuhan pergi kelas. Selamat sampai.

Kau tinggal solat pun, Tuhan tetap baik hati bagi kau rezeki makan lagi, tidak pun biarkan kau kebulur.

Kau hampir dilanggar lori, tapi Dia masih lagi lindungi perjalanan kau pergi ke kelas.

Dia bagi pula rasa sedih supaya kau datang merayu mengadu kepada Dia.

Selepas itu, Dia bagi pinjam kekuatan dan kau mula sombong dengan kuatnya diri kau menghadapi dugaan hidup yang tidak seberapa.

Kau kena sedar semua Allah yang atur.

Semua yang terjadi kepada kau bersebab dan kau kena ingat sentiasa yang Allah itu sangat dekat dengan kau walaupun kau tak nampak Dia.

Hakikat yang kau kena tahu ialah Dia Maha Kuasa dan Maha Bijaksana.

Kau je kadang-kadang terlupa yang kau tu …

Milik siapa?

Siapa yang cipta?

Siapa yang bagi nyawa?

Dan siapa yang beri kau segala nikmat dunia?

Sekarang… kau dah ingat?

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh A’syara Kamal. Merupakan pelajar tahun 3 Pengurusan Alam Sekitar, Universiti Malaya dan juga perunding kecantikan Mary Kay separuh masa. Kini, menjalani program pertukaran pelajar di Jepun.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 5

Upvotes: 3

Upvotes percentage: 60.000000%

Downvotes: 2

Downvotes percentage: 40.000000%