,

Khas Untuk Sahabatku

Aku dan kalian berkenalan, mengukuhkan ukhuwah sesama insan, diri kalian baru aku ingin kenali sifat baik hati, pekerti penuh sopan ditunjukkan…

Setiap langkahmu sentiasa diiringi oleh aku, sahabatmu. Ruang positif kalian berikan membuat aku bertambah yakin. Terasa selesa sekali apabila bersama kalian, mungkin kerana kita sudah selalu bersama.

Zaman kanak-kanak kita memberi pelajaran membawa pengalaman seketika menempuh dunia sebenar kelak. Ketegasan guru hanya untuk pengajaran supaya mengenal erti bertanggungjawab akibat kesalahan diri.

Kasihmu sahabat… kalian sering membantu apabila aku memerlukan, kisah dikongsi menjadi kenangan lakaran wajah kalian, masih ada di dalam lukisan hati.

Satu yang belum terucap, terima kasih sudi menerima aku menjadi sahabat walaupun buat sementara.

Aku memejamkan mata untuk mendapatkan ketenangan, tetapi air mata terus menitis keluar kerana terpaksa menerima hakikat bahawa aku bakal kehilangan kalian semua pada suatu hari nanti, di saat kita semua sudah habis sekolah dan memulakan kehidupan baru. Masing-masing sukar untuk berjumpa.

Keluhan tiada tempat mengadu dan telinga mendengar, seolah tidak wujud bayangan itu.

Kenapa? Mengapa?

Pertanyaan timbul menanti jawapan keliru dalam kebuntuan menyambut rasa kurang senang. Aku perlu semangat itu yang bakal merubah ketakutan, selangkah aku bergerak ke hadapan.

Sahabat, mengertilah aku tak mungkin melupakan kalian, kenangan manis tercipta antara kita, magisnya kehidupan orang tersayang akan hadir menyempurnakan hari kita.

Sahabat, aku rindu… perlukan kalian di hadapan mata untuk mendengar setiap keluhan rasa yang semakin bersarang akibat tekanan.

Aku nampak normal di luaran tetapi tidak seteguh kalian, adanya kalian aku tak terasa sunyi, makin gembira. Itulah aura yang menukarkan aku.

Mungkin aku berdosa dalam setiap kata-kata ataupun setiap perbuatan, pada Allah telah aku berserah. Kusut, bengang menguasai diri, masalah bertambah teruk, penyelesaian belum diberi.

Biar hati tenang berwuduk dan bersolat pilihan terbaik. Langsung aku bersihkan semua keladak-keladak yang melekat dalam jiwa, baru bersih nan tampak akhlak sentiasa mulia.

Lalu, aku mengharungi ilham menjaga ibadah tatkala semata-mata buat semerah hati, organ penting mewakili dan menguasai kesemua perasaan manusia bersandarkan tujuan murni.

Aku menyendiri lagi, suasana sepi disertai kicauan burung angin sepoi-sepoi seakan memahami, menusuk ke kalbu sambil duduk termanggu.

Mungkin benar telahan aku, sistem kerja dan otak dikawal manusia, semua itu tiada jika Allah tidak membuat pengaturan.

Terhapusnya segala kenangan, meskipun meragut indah tetap aku memujuk hati ini dengan ayat indah memuji Ilahi kurniaan Allah. Aku tegaskan diri.

Bismillah pembukaan diikuti alhamdulillah pengakhiran aku, begitulah daripada setiap kata-kata aku. Aku berlindung di bawah langit-Mu, berpijak di bumi-Mu, hasil titik peluh daripada rezeki-Mu.

Terima kasih Allah setelah makin jelas kebesaran-Mu.

Aku masih di sini, mengharap kita semua boleh berkumpul bertukar cerita tentang perkara terkini, cerita masa dulu-dulu masih diperlukan. Persoalan bermain di minda, mungkinkah kalian masih ingat aku.

Makin berlalu masa, aku harap kita bertemu seperti awal perkenalan dan takkan terpisah selamanya, walaupun aku sudah ada sahabat lain, kalian tetap penting juga.

Mengundang ketabahan aku dalam kedukaan akal waras sempurna aku, meski penuh kepayahan, mematangkan diri bahawa aku mampu menjadi makhluk paling bersyukur.

Biar tidak hebat di sini, asalkan hebat dengan ilmu agama mengikut jalan lurus. Kita menentukan keputusan, hanya Allah boleh takdirkan.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Syafiqah binti Abd Razak. Ia merupakan salah satu daripada artikel yang menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam 1.0 (PPii1). Anda berminat menulis artikel? Klik sini.

What do you think?

-4 points
Upvote Downvote

Total votes: 6

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 16.666667%

Downvotes: 5

Downvotes percentage: 83.333333%