,

Lolipop Buat Sahabat

Wahai sahabat semua,
Kita adalah hambanya.

Jadi,
Mari kita berzikir kepadanya
لا اله الا الله محمد رسول الله

“Siapa tahu lirik lagu atas ni lagu apa?”.

Jika kalian tahu itu bermakna kalian sahabat ‘superb’ dunia akhirat saya.

Ada orang tanya saya, “Kenapa lollipop?”

Saya jawab, “Sebab saya tak pilih pelangi.”

Mari saya beritahu lebih lanjut. Tekstur yang ada di lollipop yang menyebabkan saya memilihnya untuk menjadi pujangga saya.

“Hehehe… macam kelakar.”

Lollipop sweet and colourfull,

Jika kanak-kanak nangis beri sebatang terus berhenti menangis.

Betul ke?

Maaflah,saya tak berpengalaman, tapi pak dentist pesan waktu saya kecil-kecil dulu, “Jangan makan gula-gula banyak nanti gigi rongak.”

Aha!

Tiba-tiba saya teringat tips ayahanda tentang gula-gula. Ayah saya sewaktu kecil dulu memang melarang keras anak-anaknya makan gula-gula.

Mahu tahu ayah saya beri apa kepada kami? Beri sekotak kismis yang ada sticker doa.

Cute kan ayahanda saya?”

By the way, saya dah terpesong jauh dari tajuk perbincangan,

Maafkan saya, Yang Arif!

Lain kali saya tak buat lagi!

Lollipop-lollipop saya adalah awak-awak yang comel. Warna-warna yang ada kat body lollipop tu mewakili awak semua.

Awak si warna purple, yang awak pulak warna green, yang happy go lucky person pula orange.

Mendamaikan tentulah awak si peminat blue, si kuning pula barangkali anda sukakan jagung, merah pula melambangkan warna darah manusia yang tiada beza,

Hitam dan putih yang dikatakan Ying dan Yang oleh orang cina juga adalah sahabat saya,

Pada peminat coklat bukan ‘cokelat’ yer, pink yang juga dikatakan minah jambu.

Sebenarnya, anda semua sahabat dunia akhirat saya!

Limpahan syukur pada Yang Esa, sudah tamat pengajian saya.

Di masa yang sama zaman sekolah tidak dilupa, di sana saya kenal erti tabiyah, di universiti pula saya juga kenal erti kehidupan muslim sebenar.

Manis,
Pahit,
Masin,
Masam,
Ku telan jua.

Teringat saya perjuangan Isabella dan sahabatnya iaitu Mirano, Hanana, Martha dan Catherine.

Sahabat tahu siapakah mereka?

Mereka-mereka ini dahulunya adalah anak-anak kepada paderi yang teragung di zaman kegemilangan Parsi ketika dahulu,

Yang hebatnya mereka adalah, Allah telah memberi ruang Hidayah kepada mereka untuk memeluk Islam.

Tak dapat saya gambarkan betapa pedihnya hati Isabella apabila bapanya menghalau dia dari rumah kerana memeluk agama yang Benar,

Tidak cukup itu lagi dia telah dhantar ke inquisisi.

Apakah itu inquisisi?

Saya hampir menitiskan air mata kerana institusi yang dihantar oleh ayahnya Isabella ialah hukuman kekejaman terhadap Kristian yang murtad.

Betapa kejamnya inquisisi ini kerana Isabella di kurung di bilik yang gelap, disepak dan terajang oleh para rahib tanpa belasnya.

Tidak cukup dengan itu dia disimbah dengan kata-kata ibarat lontaran api, “Hoi, perempuan terkutuk. Engkau telah memalukan ayahmu seorang paderi yang disanjungi di seluruh Parsi. Engkau sanggup keluar dari agama yang benar ini dan sanggup berpaling dari tuhan Jesus Kristus!

Betap luluhnya hati Isabella ketika itu.

Wahai sahabat-sahabatku,
Harus diingat,
Kita akan kuat Jika Allah is No 1,

Jika tidak, Isabella ini tidak muncul dalam sejarah Islam hingga ke hari ini,
Perempuan syahid pertama Islam Sumayyah juga tidak muncul,

Andai Allah bukan No 1 di hati mereka.
Kehebatan pengorbanan mereka untuk Agama Islam tidak ternilai bandingnya.

Berusahalah menjadi seperti Serikandi-serikandi Islam ini.
Kita bukan sesiapa Tanpa YANG ESA,
Kita adalah sesiapa bila kita dengan YANG ESA.

Bukti Cinta kepada Allah dalam Surah Ali-Imran [31-32]

Salam rindu dan Mahabbah daripada saya.

Kita jumpa di syurga nanti ya!

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Sis Aainaa. Beliau merupakan seorang penulis merupakan Co-Founder (II) Spread The Love Project. Cetusan idea terinspirasi dengan bahan bacaan yang sering dibaca oleh si penulis serta pengalaman hidupnya. Sebarang informasi terkini boleh merujuk di FB Aainaa Zaki dan Instagram Aainaa Zaki.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%