,

Teman Luar Biasa

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku mulakan coretan ini dengan keagungan kasih Tuhan (Allah) yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Wahai teman, dirimu sungguh istimewa dan luar biasa.

Memori itu sungguh indah. Memori saat mula mengenalmu ketika aku tidak ingin mengenalmu.

Aku masih ingat, aku sedang leka bermain kapal terbang kertas bersama abang.

Ada satu tangan cuba menangkapnya. Aku dan abang hanya terpinga-pinga.

Terima kasih ibu ayah. Mulai saat itu aku mula mengenalmu.

Serta-merta kami duduk sopan di hadapan Mereka bersama senaskah buku.

Kapal terbang kertas tadi ibu lipat dan beri semula kepada kami.

Sentuhan pertama kami kepada dirimu yang sungguh mulia bersama kapal terbang kertas.

Hari berganti hari, aku tidak suka bersahabat dengan kamu. Rupa-rupanya bukan mudah belajar mengenal dirimu pada permulaannya.

Aku terpaksa membiarkan rotan itu memakan tubuhku. Aku perlu menangis untuk mengenal satu huruf dari dirimu.

Akhirnya, aku mula teruja apabila berjaya mengenal huruf dan mencantumkannya.

Persaingan bersama-sama teman-teman menambah kegembiraan. Sesiapa yang berjaya mengkhatamkan dirimu terlebih dahulu adalah satu kejayaan.

Rupa-rupanya dewasa ini, kami masih tidak mengenal dirimu yang sebenarnya.

Sadis kami memulakan untuk menamatkan. Lalu menghitung-hitung pahala pada setiap huruf.

Tapi sahabat kamu masih setia mendengar alunan kami yang kosong itu. Kami tidak cuba mendengar kalam Ilahi daripada dirimu itu.

Apa yang kami harapkan hanya kemegahan.

Maaf teman kami tidak membacamu dengan hati. Aku rindu untuk menangis semula.

Menangis saat membaca setiap huruf-huruf itu. Menangis di sini sebelum dihukum di sana.

Adakah kamu sudi menemani kami ketika kami sepi di kubur nanti?

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nur Anis Wafda binti Ahmad Asri. Berasal dari Gombak, Selangor.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%