,

Apabila Kita Kehilangan Orang Tersayang

#kemanusiaan

“Man, bila sampai tempat kemalangan tu jangan tengok mayat tau. Pergi terus ke arah mangsa. Ada seorang mangsa, caller cakap teruk juga dia, Chinese,” Abang Ali memberi nasihat.

“Ish abang ni, ingat kita baru kerja ka? Saya boleh tahan la tengok mayat mangsa kemalangan ini. Dulu dulu ja tak tahan.”

“Aku peringat ja. Tapi ingat pesan aku tu, dah, pergi la response kes. Karang kena report kat FB tahu pula nak membebel itu ini.”

“Hahaha. Ok bang.”

Rahman bergerak ke ambulans sambil membawa bersama monitor vital sign serta beg kecemasan.

Saiz badannya yang kecil itu terkadang kelihatan seperti terencat apabila melihatnya dari belakang sambil membawa barang barang yang serba berat itu.

Ambulans mula bergerak keluar dari perkarangan hospital. Sepatutnya jarak kemalangan dari hospital tidaklah jauh tetapi kerana kesesakan jalan raya menyebabkan mereka sampai sepuluh minit lewat dari biasa.

“Abang Nazir tolong bawak keluar stretcher. Saya nak tengok mangsa yang survive tu,” ujar Rahman sambil mengenakan glove di tangan.

Seketika turun dari ambulans, matanya terpandang ke arah dua mayat yang sudah ditutup dengan kain hitam oleh pihak polis.

Berhampiran dengan mayat tersebut ialah kereta milik mereka yang sudah hilang bentuk akibat kemalangan tetapi masih boleh dilihat warna dan nombor pendaftaran kenderaan tersebut.

“Kenapa aku rasa tak sedap hati?” Rahman bermonolog sendirian. Tanpa dia sedar dia sudah bergerak menghampiri mayat kedua dua nya sambil berkata ke arah pihak polis yang sedang berada di situ.

“En, boleh saya tengok mayat ni tak. Saya rasa macam tak sedap hati la.”

“Boleh dik, kejap ya,” jawab pihak polis itu sambil mendekati mayat lalu membuka zip yang menutupi mayat mangsa.

“Allahurabbi.”

“Kenapa ni encik?”

“Ni mak saya, tuan. Ini mak saya. Ya Allah, Allah,” itu sahaja yang terucap dari mulut Rahman. Sedikit meraung.

Pihak polis itu terkejut apabila mendengarnya.

“Man, patient ini open wound kat kepala Man. Aku tengok macam kena resus dah ni, cepat,” jerit abang.

Nazir dari jauh sambil cuba menutup luka di kepala lelaki Cina terbabit.

“Tuan, kalau ada apa-apa nanti beritahu saya ya.”

“Ok encik. Setakat ini apa yang kami tahu mak encik dilanggar oleh pemandu Cina yang sedang mabuk, yang sedang tenat di sana,” polis itu menjawab sambil menunjuk ke arah Abang Nazir.

Rahman mengesat air matanya menggunakan tangan belakang. Dia menuju ke arah mangsa yang sedang terbaring lemah itu dan mula memasang cervical collar.

Setelah membalut kepala pesakit tadi dengan bandage, mereka dengan dibantu oleh orang awam mengangkat mangsa ke atas stretcher.

Sesampai sahaja di hospital, Rahman mengarah pegawai triage agar menekan punat untuk kes zon merah. Mangsa Cina tadi, Lim Ah Toi ditolak dengan cepat ke dalam zon merah.

“Spo2 tadi 90% Dr bila on High flow mask,” Rahman memberitahu Dr Iman.

“Ok Man. Prepare untuk intubate,” Dr Iman memberi arah.

“Erm, Dr. Boleh tak untuk kali ini saya yang intubate patient ini?” kata Rahman.

Why not Man. You pun dah kerja lama kat sini, you should do it,” Dr Iman memberi galakan kepada Rahman.

Rahman dengan penuh sebak di dada dan cuba untuk tidak mengikut emosi melaksanakan proses intubasi itu dengan sempurna. Mangsa tersebut semakin stabil setelah dua jam bertarung nyawa di dalam zon merah.

Dan segala prosedur seperti insert Ryles tube, CBD bahkan menjahit luka di kepala sepanjang 7cm itu semuanya dilakukan oleh Rahman.

“Kenapa awak tolong dia Man, sedangkan dia yang telah membuatkan awak kehilangan harta awak yang paling bernilai dalam dunia ini?” Tanya Dr Iman sambil menitiskan air mata apabila mereka mengetahui cerita sebenar dua hari selepas itu.

“Saya pun tidak tahu Dr. Yang saya tahu, setiap nyawa manusia itu berharga. Terlalu berharga. Dan kita akan merasainya apabila kita kehilangan orang yang kita sayang. Cukuplah saya yang merasai peritnya perasaan kehilangan itu, dan bukan keluarga dia,” jawab Rahman sambil tersenyum.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Mohd Rashidi Bin Radzali. Berasal dari Sungai Petani, Kedah. Bekerja sebagai Penolong Pegawai perubatan.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

13 points
Upvote Downvote

Total votes: 15

Upvotes: 14

Upvotes percentage: 93.333333%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 6.666667%