,

Kau Dan Aku, Jangan Patah Harapan!

Setiap kita ialah pendosa kerana kita bukan para Nabi dan Rasul, yang Allah janjikan maksum buat mereka. Melakukan kesilapan itu adalah sebahagian daripada fitrah kita sebagai manusia.

Kita semua sama. Pendosa. Yang membezakan kita adalah taubat dan usaha perbaiki diri.

Ada pendosa yang terus tenggelam dengan dosanya, dek kerana termakan hasutan yang menafikan adanya keampunan Tuhan buatnya.

You are a loser and hopeless. Allah will not forgive you because you’ve messed up so much…” Mungkin itulah bisikan yang mengaburi mata hati.

Bisikan yang berjaya melupakan diri bahawa Allah itu Maha Hebat kasih sayang pada hamba-Nya.

Ya, meski kita tidak punya apa-apa ditambah pula setiap detik kita melakukan dosa, Allah tetap sayang pada diri kita.

DIA sentiasa membukakan pintu untuk kita kembali kepada-Nya, taat kepada-Nya dan meminta ampun dengan sebenar-benar taubat.

Tidak pernah sekali Allah melupakan kita. Sentiasa melimpahkan rahmat-Nya, mengampuni, dan memberikan cahaya petunjuk buat kita semua; si pendosa yang tidak segan-silu ulang melakukan dosa.

Hebatnya Allah dalam mencurahkan kasih-Nya tidak kira waktu.

Allah tak pernah jemu memberikan harapan dan peluang kepada kita agar kembali semula kepada-Nya.

Jadi, kenapa kita sendiri yang sememangnya tidak punya apa-apa ini, menguncikan diri daripada menerima peluang yang acap kali telah menyapa?

Peluang untuk bertaubat dan menjadi hamba Allah yang lebih baik?

Wahai pendosa, jangan berputus asa. Kau dan aku. Jangan pernah patah harapan untuk terus menggapai ampunan daripada-Nya.

Mohonlah kekuatan daripada-Nya untuk bangkit semula! Mulakan gerakan hijrah dalam diri untuk menyahut seruan-Nya.

Jangan sia-siakan lagi detik ini kerana Allah terlalu sayangkan kita semua.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nur Amirah Ishak. Berasal dari Ipoh, Perak. Merupakan seorang terapis bekam, penulis dan penterjemah sepenuh masa. Sangat suka menulis cerpen sejak di bangku sekolah.

Cerpen ‘Rahsia dalam Rahsia’ terpilih untuk dibukukan dalam Siri Antologi Cerpen Negeri (Negeri Perak) terbitan Fufu Terbit. Ikuti perkembangan beliau di Facebook Nur Amirah  dan Instagram cahaya_nurish.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%