,

Mungkin Kata-kata Maafmu Menjadi Asbab Beroleh SyurgaNya

Ada ke hari ini orang yang membuatkan kamu marah?
Ada ke minggu ini mereka yang menyebabkan kamu terasa hati?
Ada ke bulan ini orang yang membuatkan kamu ingin menangis?
Ada ke mereka yang membuatkan kamu sangat stress?

Saya percaya ada.

Semua orang pernah mengalami perasaan itu selagi mana dia adalah manusia yang pastinya akan diuji dengan pelbagai ragam manusia.

Kamu yang penyabar… akhirnya gagal mengawal perasaan kerana sikap segelintir mereka yang sangat memanaskan hati.

Jika kamu mampu sabar dengan sikap golongan A, maka Allah akan uji kamu dengan golongan B.

Jika kamu berjaya, maka kamu akan ke next level untuk diuji tahap kesabaran kamu.

“Mana kamu tahu kamu seorang yang sabar sekiranya kamu tidak diuji dengan perangai manusia yang sangat merimaskan.”

Semua itu ujian.
Sama ada kamu berjaya atau gagal.

“Aku dah sabar selama ni. Aku dah tak boleh nak sabar.”
“Sabar aku pun ada batas juga.”

Ketahuilah bahawa sabar itu tiada batasan. Jika kita sudah tidak boleh bersabar? Itu maknanya kita belum menjadi orang yang betul-betul sabar.

“Habis? Adakah kita perlu menerima saja perangai mereka? Kata-kata mereka yang menyakitkan kita?”

Allah menyukai orang-orang yang sabar. Para malaikat mendoakan mereka yang sabar. Namun tatkala kamu hilang kesabaran kamu, maka syaitan akan datang untuk meracuni kamu supaya kamu marah dan memaki hamun.

So apa yang perlu dibuat dengan orang yang berperangai macam ni?

Jawapannya hanya bersabar.
1) Bersabar
2) Jangan membalas perbuatan mereka
3) Menjauhkan diri daripada mereka

Orang yang suka marah-marah dan mencela menunjukkan sikap sebenar mereka. Jika kita ingin melihat real personality seseorang, lihat ketika mana dia sedang marah.

Kasar atau lembut.
Mencaci atau senyap.

Oleh itu, kita jangan membalas perbuatan orang yang menyakiti kita. Jangan mudah naik minyak. Jangan mudah menjadi seorang yang pemarah.

A big no!

Bagi pihak kita, kita cuba lapangkan hati kita.
Tenangkan hati kita.
Allah ada dan Dia Maha Mengetahui.

Bagi pihak mereka?

Kita tidak mampu untuk mengubah manusia melainkan hanya Allah semata-mata. Kita serahkan kepada Allah.

“Kamu pernah melihat orang yang nampak pendiam dan sabar tetapi jika dia marah… alamak memang membisu terus semua orang.”

“Tiada yang lebih bahaya daripada marahnya orang sabar”

Setiap daripada kita bukan maksum. Mesti akan ada salah silap dan cacat cela untuk kita saling menegur dan saling memperbaiki.

Kita perlu check diri kita adakah kita ini adalah orang yang senang untuk berunding?
1) Janganlah ada sikap mendabik dada.
2) Jangan terlalu ego dan merasakan diri selalu betul.
3) Berlapang dada dalam menerima nasihat mahupun teguran.
4) Bersabarlah dengan kerenah manusia yang pelbagai.

“Jika seseorang datang menguji kesabaranmu, anggaplah dia “guru” yang mengajarkan kamu erti kesabaran.”

Maafkanlah kesalahan orang yang berbuat salah kepadamu.
Lupakanlah segala kejahatan orang terhadapmu.

“Maafkanlah dia yang membuatkanmu marah.”
“Maafkanlah mereka yang menyebabkan kamu terasa hati.”
“Maafkanlah orang yang membuatkan kamu ingin menangis.”
“Maafkanlah mereka yang membuatkan kamu sangat stress.”

Kamu bukan berlagak baik dengan memaafkan kesalahan orang. Kamu hanya ingin mencontohi nabimu.

Nabimu yang memaafkan mereka yang pernah menentangnya.
Nabimu berlapang dada untuk mereka yang menyusahkannya.
Nabimu mendoakan kaum yang membuatnya cedera.
Nabimu yang berakhlak mulia akhlak Al-Quran.

Kamu kata kamu tidak boleh menjadi sesempurna nabimu.

Maka tidakkah kamu teringin untuk mencontohi peribadi mulia nabimu?

Memaafkan mereka kerana mencontohi nabimu yang seorang pemaaf.
Memaafkan memang senang.
Melupakan sangat susah.

Namun ingatlah bahawa kemaafanmu begitu berharga di sisi Allah. Dia tidak akan memandang sepi nilai maaf yang kamu lontarkan.
Allah tahu sakit perit dan sedih kamu.

Namun mungkin kata maaf darimu akan dibalas dengan syurgaNya.
Segala urusan kamu serahkan kepada Allah.
Kerana hanya Dia yang berhak menghukum dan menilai hamba-hamba-Nya.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Bachok, Kelantan. Merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda farmasi di UKM. Layari FB page Skirt Labuh untuk melihat koleksi handbag mampu milik, jam tangan, tudung dan baju.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 6

Upvotes: 3

Upvotes percentage: 50.000000%

Downvotes: 3

Downvotes percentage: 50.000000%