Wanita…
Ketika zaman jahiliyyah, kamu dipandang hina… menjadi hamba abdi… dikongkong… bahkan anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup… kamu tidak mampu untuk melawan kerana darjat kamu di bawah mereka yang berkuasa.
Wanita…
Kemudian, Islam datang memuliakan kamu. Kamu diangkat martabat menjadi wanita yang mulia.
Kamu menjadi belahan seorang lelaki… bukan berada di bawah lelaki. Kamu menjadi ibu penyambung generasi yang hebat.
Wanita…
Siapa yang patut kita semua hormati terlebih dahulu dalam Islam? Ibu atau bapa? Rasulullah mengulang tiga kali perkataan keramat “Ibu” kemudian “Bapa”.
Ibu
Ibu
Ibu
Bapa
Kamu menjadi orang yang paling harus dihormati di dalam Islam. Tidakkah kamu berbangga?
Tidakkah kamu ingin menjaga penghormatan yang diberikan dengan lebih baik? Kamu begitu hebat kerana kamu wanita dan Muslimah.
Wanita…
Jika di barat, kamu melihat kaum kamu dijadikan sebagai alat promosi. Kebanyakan iklan menggunakan wanita untuk melariskan produk jualan mereka. Wanita dijadikan objek untuk memuaskan nafsu mereka.
Contohnya, iklan kereta menggunakan model wanita. Perlu ke wanita sebagai model kereta? Untuk apa? Adakah sekadar untuk dijadikan alat bagi menarik minat lelaki untuk membeli kereta?
Wanita…
Kamu harus sedar, di barat, kaum wanita menuntut persamaan gender. Kenapa wanita masih ingin menuntut persamaan gender? Wanita ingin supaya diiktiraf sama macam lelaki?
Padahal hakikatnya kita tahu, mana mungkin lelaki dan wanita mampu menjadi sama.
Kerana wanita tidak akan mampu menjadi lelaki.
Dan lelaki tidak akan mampu menjadi wanita.
Baik dari segi kekuatan.
Sikap.
Pemikiran.
Sampai bila-bila pun.
Wanita…
Kamu umpama gelas kaca. Jika tidak dijaga dan dididik dengan betul, kamu akan senang pecah. Dan jika sudah pecah, maka ia susah untuk dicantumkan.
Pasti keadaan takkan sama seperti dulu.
Ada kesan retak dan calar.
Kita akui wanita sememangnya insan yang lemah.
Baik dari segi kekuatan, emosi dan perasaan.
Namun Islam tidak pernah melemahkan kaum wanita. Islam mengajarkan supaya wanita itu boleh menjadi seperti gelas kaca yang tidak mudah pecah, tahan lasak dan kuat!
Wanita…
Kamu tahukah kaum kamu pada zaman Rasulullah sangat kuat. Mereka tahan dengan cabaran, mereka tidak mudah untuk goyah walaupun luarannya mereka lemah? Mereka gelas kaca yang tahan lasak!
Apakah yang menjadikan mereka kuat?
Iman.
Pendidikan.
Dengan IMAN, kita boleh menjadi wanita yang kuat semangat, tidak mudah mengeluh dan tahan dengan cabaran. Bilamana dalaman kita kuat, maka fizikal kita akan kuat.
Seperti mana Zainab Al-Ghazali diseksa seksaan yang selayaknya untuk lelaki tetapi kerana iman beliau terus kuat.
Dengan ILMU, kita menjadi wanita yang berjaya. Kita berkongsi ilmu dengan masyarakat. Kita boleh mencari cara terbaik untuk menghadapi cabaran hidup.
Kita tidak akan mudah ditipu dan ilmu itu yang akan menjaga kita selagimana kita beramal dengan ilmu tersebut.
Dua nilai utama yang boleh kita contohi supaya kita juga boleh menjadi gelas kaca yang kuat dan tahan lasak seperti mereka.
Wanita…
Di saat ini, kamu tidak boleh terlalu manja. Kamu harus mempunyai kekuatan yang luar biasa kerana kamu perlu mempersiapkan dirimu untuk masa hadapan yang lebih mencabar.
Kamu telah menjadi insan yang hebat. Menyandang gelaran yang hebat untuk kamu yang layak dan berhak. Kamu mungkin seorang:
Isteri
Ibu
Anak
Menantu
Kakak
Adik
Ini hanya keluarga. Belum lagi termasuk kerja dan sebagainya. Kamu mempunyai banyak amanah yang perlu dijaga.
Stop being self-centred!
Masa kamu tidak cukup untuk memenuhi semua amanah yang kamu ada. Buat yang terbaik dan serahkan segalanya kepada Dia yang Maha Kuasa.
Wanita…
Kamu harus kuat dan tetap bertahan dengan segala ujian kerana kamu bukan lemah.
Kamu kuat kerana kamu wanita Islam.
Kamu ada tempat untuk mengadu iaitu Allah.
Kamu ada main support iaitu keluarga.
“Islam telah memuliakan kamu, jika kamu mencari selain daripada Islam, maka tunggulah kehinaan datang kepadamu.”
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Bachok, Kelantan. Merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda farmasi di UKM. Layari FB page Skirt Labuh untuk melihat koleksi handbag mampu milik, jam tangan, tudung dan baju.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.