,

Air Mata, Kekuatan Hati

Hidup dengan air mata tak dapat dipisahkan. Bagaikan aur dengan terbing.

Apabila meraih kejayaan dan kegembiraan, air mata laju mengalir di pipi.

Apatah lagi, saat diuji dan diduga lagilah deras air mata menjunam ibarat air terjun.

Ketika disapa musibah jangan kita berlama-lama tenggelam di dalam kolam air mata.

Bacalah sirah nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Di dunia ini bukan kita sahaja bersedih dan berduka lara.

Kesedihan yang kita hadapi tak sesedih yang di lalui oleh Rasulullah S.A.W. Kehilangan orang yang tersayang satu persatu di saat diri memerlukan sokongan.

Bangkitlah! Rahmat Allah sentiasa memayungi kita. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Jangan pernah putus asa dengan rahmat Ilahi.

Bersyukurlah dengan kesusahan hidup yang menimpa kita.

Tanpa perit getir, kita takkan mengenali erti sebuah ketabahan dan kesabaran.

Daripadanya kita belajar menjadi hamba Allah yang kuat dan bersandar kepada seratus peratus.

Dalam kegembiraan, air mata menjelma tanda kesusahan yang kita terbayar sudah.

Menzahirkan kesyukuran dengan pertolongan Allah SWT memberi kita kekuatan kemudahan dalam hidup.

Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit pabila sudah berjaya menggenggam impian.

Ingatlah nikmat yang kita perolehi itu Allah bila-bila masa akan tarik balik.

Sesungguhnya, Allah ciptakan sesuatu itu saja-saja ada makna di sebaliknya. Carilah hikmahnya bukan mengeluh.

InsyaAllah, jiwa kita pasti akan tenang dan bahagia.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Amirah binti Ab Ghani.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.