,

Jenis-jenis Sabar

Apabila memperkatakan tentang sabar, kita merasakan sabar itu hanya untuk perkara yang dinamakan ujian atau dugaan.

Benar itu salah satunya, namun menururt cendiakawan, mereka membahagikan sifat sabar itu kepada beberapa jenis:

Lima jenis sabar

– Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Contoh menahan diri daripada perasaan marah atau apa-apa sahaja yang menjadi tarikan tuntutan nafsu. Kita perlu belajar menahan diri daripada perkara yang disukai nafsu, namun dimurkai Allah.

– Sabar terhadap kemewahan. Seperti mahu mendapat kemewahan dengan cara yang salah atau perkara yang diharamkan.

– Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan Nabi. Seperti sabar apabila berhadapan kelaparan, kesakitan, ketakutan, kehilangan dan peperangan.

– Sabar terhadap ketaatan. Nafsu bersifat liar dan tidak suka pengabdian, itu kadangkala kita menjadi malas dan hilang sabar dalam beribadah atau beramal.

– Sabar dalam beramal terbahagi kepada tiga peringkat: Sabar sebelum melaksanakan ketaatan; seperti memperbaiki niat agar tidak riak dan menjadi lebih ikhlas.

Ketika melakukannya, perlu bersabar daripada faktor yang melemahkannya.

Sabar sesudah melaksanakannya; jauhkan diri daripada membatalkan ketaatan. Perlu istiqamah.

Sabar terhadap kesusahan berdakwah di jalan Allah. Jalan dakwah sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, jadi jalannya mungkin berliku namun dengan semangat dan ilmu serta dengan izin Allah, insya-Allah kita akan dipermudahkan.

“(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah al-Nahl ayat 96)

Hakikatnya, tiada yang kekal abadi di dunia. Semua ada turun naiknya.

Nikmat juga boleh jadi ujian untuk kita, moga kita semua terus dibekalkan rasa sabar dan bersederhana dalam mengejar dunia serta menyiapkan diri untuk kehidupan abadi di akhirat.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Anem Arnamee. Terlibat dalam beberapa buah antologi cerpen dan puisi. Boleh juga mengikuti perkembangan beliau di https://arnamee.blogspot.my

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.