Kain batik kain kafan
Sejenis tapi tak sama
Kalau dicanting bercorak batik
Tanpa corak itulah aslinya
Rasa gentar rasa gemuruh
Berkata-kata di dalam hati
Badan menggigil sejuk seram
Seperti dikejar hantu dalam mimpi
Bayangan maut ada di hadapan
Bayangan azab terngiang-ngiang di telinga
Bagai semua anggota telah bersuara
Dah sediakah kau wahai manusia
Menjawab lancar tutur kata
Dah sediakah kau wahai umat Muhammad SAW
Jangan diam melopong bisu dan pekak
Berbagai corak dan ragam
Meniti jambatan Siratulmustaqim
Yang cepat macam angin kilat
Yang lambat berjuta batu
Yang cantik bagai rupawan
Yang hodoh lebih hodoh
Tak salah kejar mengejar
Tak salah potong memotong
Tapi ingat kalau disumbat
Semua sama tiada beza
Diulit-dililit dilipat dengan kain yang sama
Sama warna sama kualiti
Dipocongkan pun sama
Tanah yang sama tempat sendiri sendiri
Kualiti di dunia perlu diutama
Kualiti di akhirat berpandu diri
Sedar ingat insaf perasan sendiri
Sombong bongkak bangga diri
Rugi besar….
Ambillah peduli
Menang besar……
Padang Maksirat adalah saksi
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Hajah Rozitah binti Ahmad. Berusia 45 tahun dan merupakan ibu kepada 4 orang anak. Menetap di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan. Bekerja di syarikat Logistics di KLIA. Minat menulis dan subjek sastera.
Suka melihat alam sekeliling, suka melihat gelagat manusia untuk digambarkan dalam penulisan dan suka melihat lukisan. Suka melancong, mengumpul magnet, mengumpul stem dan mendengar lagu.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.