,

Ibu Bapa Sanggup Berkorban Apa Saja (bahagian 1)

“Dan Tuhanmu (Allah) telah memerintahkan hendaklah kamu jangan menyembah selain daripada Dia (Allah), dan hendaklah kepada kedua orang ibu bapa berbuat baik dengan sempurna. Jikalau salah seorang daripada ibu bapamu atau keduanya sudah sampai kepada umur tua, janganlah sekali-kali kamu berkata, ‘Ah!’ kepada mereka. Dan jangan (pula) kamu menengking mereka. Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang sopan (dan hormat). Dan berbaktilah kepada keduanya dengan perasaan kasih sayang (yang mendalam) dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku (Allah!) Kasihanilah keduanya (ibu bapaku) sebagaimana mereka telah mendidikku sewaktu kecil.” (Surah Al-Isra’: 23 – 24)

Dari dalam tingkap kaca, aku merenung awan yang putih di langit. Matahari makin garang memancarkan sinarnya.

Bayangan pada tiang elektrik di tepi jalan kelihatan pendek. Dengan cuaca terik seperti ini, agakanku mana mungkin dengan cuaca seperti ini hujan akan menyinggah.

Namun, kuasa Allah melebihi kemampuan makhluk. Segala yang dianggap mustahil bagi hamba seperti aku, mudah sahaja bagi Sang Pencipta seluruh alam ini. “ Sesungguhnya apabila Dia hendak menciptakan sesuatu hanyalah Dia berfirman,’Jadilah!’ Maka jadilah.” (Surah Yasin: 82)

Kemudian, mataku melerat memerhatikan gelagat beberapa petugas majlis pembandaran sedang melepaskan lelah setelah penat memotong rumput di sepanjang jalan berhampiran dengan blok bilik guru ini.

Panas ternyata menambah kepenatan setelah setengah hari bekerja membanting tulang mencari rezeki yang halal. Aku merenung seketika. Fikiranku melayang melayan perasaan.

Semakin lama, semakin jauh sehingga membawa ku kembali ke kisah itu. Ya kisah itu!.. Kisah yang bersaksikan mataku sendiri.

**********

Kelihatan berdiri megah di atas bukit Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin seusai aku masuk ke perkarangan UITM Shah Alam. Berhadapan Bangunan Canseleri ini, kelihatan tersergam indah dari jauh Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.

Suasana pagi di aras tiga Bangunan Canseleri kelihatan ramai para pelajar sedang berkumpul bagi menghadiri sesi temuduga dan ujian kelayakan bagi Program Penghantaran Pelajar Perubatan ke Universitas Hasanuddin (UNHAS) Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Majoriti pelajar yang terlibat terdiri daipada pelajar cemerlang lepasan Asasi Sains dan Diploma Sains, Sains Kesihatan, Farmasi, Microbiologi dan sebagainya.

Gelagat pelajar yang pelbagai mewarnai suasana aras tiga ini. Mereka tentunya datang daripada segenap pelusuk negeri di Malaysia.

Ada yang terbang dari Sarawak, ada yang datang dengan bas dari Perlis, ada yang datang bersama kakak, abang, ada yang datang seorang diri dan ramai di antara mereka yang datang di temani ibu bapa yang tentu sekali ingin memberi semangat dan sokongan buat anak–anak meraka.

Ibu bapa mana yang tidak bangga menemani anak yang didik dari kecil sehingga menjadi cemerlang ingin melayakkan diri untuk menuntut di universiti luar negara.

Mereka ini merupakan bakal pegawai perubatan yang bakal berkhidmat untuk masyarakat. Tentunya mereka ini patut diberi peluang semestinya mempunyai tujuan yang berbeza.

Ada yang sekadar memenuhi permintaan keluarga, ada yang mahu membuktikan keupayaan diri, ada yang harapannya lebih tinggi daripada Gunung Everest untuk mengubah nasib keluarga dan ada yang sememangnya mengimpikan kerjaya sebagai doktor sebagai sedari kecil lagi.

‘Diminta para pelajar yang terpilih bagi sesi temuduga dan ujian kelayakan ke UNHAS diminta masuk ke Dewan A bagi sesi taklimat sebelum sesi temuduga nanti. Ibu bapa dan penjaga diminta menunggu di ruang menunggu yang disediakan. Hanya pelajar sahaja yang dibenarkan. Diminta hadirin memberikan kerjasama yang baik.’

“Dah ready nak masuk?”

“Ala… ada 20 minit lagi la. Malasla nak masuk awal.”

“Nanti dah takda tempat duduk baru tau. Kau tak dengar pulak apa yang dia nak cakap.”

“Yela…Yela… Meh salam…”

“Eh duit 180 USD tu ada tak? Simpan baik-baik. Karang masa kat kaunter pendaftaran baru kau nak tercari-cari. Kita ni bukan mampu sangat. Mahal tu nak tukar duit Malaysia ke duit omputih. Kalau hilang tu memang menangis tak berlagu la jawapannya. Abis balik kena marah dengan ayah ibu. Penat ibu keluarkan duit daripada bank. Jaga baik-baik tau.”

“Emm… yela. Aku tau. InsyaAllah aku buat yang terbaik untuk kejar impian aku ni. Banyak dah family kita berkorban untuk aku datang sini. Doakan aku, Along.”

“Ya. ‘Good luck’ angah. Dah-dah masuk cepat.”

Angah berlalu pergi bersama beg sandang ‘pink’nya menuju ke dewan. Kelihatan juga ramai pelajar berpusu-pusu masuk. Seketika langkah angah terhenti. Dia menoleh ke belakang memandang aku dengan riak muka yang aku sendiri “tidak faham.

Aku hanya mengangkat tangan tanda ‘fighting’ dengan harapan mampu mengurangkan rasa gementar sekaligus memberikan kekuatan kepada angah. Angah tersenyum dan membalas tanda ‘fighting’ku semula dengan gaya yang sama.

 

> bersambung Ibu Bapa Sanggup Berkorban Apa Saja (bahagian 2) <

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Hidayah Jamahiri (nama pena: Feb Ramadhan)

Anda berminat untuk menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam dan berpeluang memenangi hadiah Utama RM300 dengan cara menghantar artikel hasil penulisan anda? Klik sini

What do you think?

14 points
Upvote Downvote

Total votes: 18

Upvotes: 16

Upvotes percentage: 88.888889%

Downvotes: 2

Downvotes percentage: 11.111111%