,

Indahnya Saat Menerima Tarbiyyah Dari Tuhan (bahagian 3-akhir)

Ujian 4 (November)

Ujian hati. Kisah hati dan perasaan adalah sesuatu yang sukar di mengerti. Alhamdulillah saat ini mata hatiku terbuka untuk memahami satu lagi nikmat Allah SWT, ‘cinta’.

Opps, jangan salah tafsir dulu. Cinta dan hati berkait rapat. Cinta adalah fitrah setiap manusia, ia suatu yang suci. Tapi ia juga boleh bertukar menjadi fitnah mengikut keadaan hati kita.

Sukar menilai sama ada hati dalam keadaan fitrah atau fitnah. Maka aku memilih untuk lebih berhati-hati dalam mengurus hati agar sentiasa dalam fitrah yang suci. Kerana sabda Nabi saw:

“Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.” (Hadith riwayat Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599)

Alhamdulillah, Allah SWT ilhamkan jalan yang terbaik untuk menguruskan hati. Terlalu panjang jika hendak aku nukilkan lebih lanjut di sini. (InshaaAllah aku akan huraikan dalam entri akan datang – Saat Fatwa Hati Berbisik).

Aku mampu menyiapkan tugas-tugas terakhir sebelum aku pulang ke Malaysia, kali ini untuk bercuti memberi hati masa to relax and have fun and prepare for next adventure.

******

Dari semua pengalaman dan episod kehidupan sepanjang setahun ini (2018), ia adalah tahun aku menerima tarbiyyah dari Allah SWT, terlalu banyak hikmahnya. Terima kasih Ya Allah. Pertama sekali, alhamdulillah aku dapat balik Malaysia banyak kali… hehe.

Aku menyaksikan bagaimana maut, dengan kuasa Allah SWT dengan mudah boleh datang bila-bila masa menjemput kita. Maka bersediakah kita menghadapi saat itu?

Aku menyaksikan bagaimana bila Allah SWT menjentik sedikit kehidupan kita, Allah SWT hantarkan teguran dan peringatan, itu tanda Allah SWT sayang dan ingin menarik kita balik ke jalanNya, maka berlapang dadalah dan insafi, bukan menafi kelemahan diri atau menyalahkan takdir dan ujian yang hadir.

Hikmah untuk keluargaku…

Aku memandang setiap ujian yang datang pada keluargaku ini sebagai satu bentuk tarbiyyah buat keluarga.

Allah SWT sedang menarik kami lebih dekat ke jalanNya.
Allah SWT sedang didik kami erti tawakal yang sebenarnya.
Allah SWT sedang perkuatkan ukhuwah kekeluargaan.

Doaku dan pintaku yang sungguh-sungguh, aku impikan seluruh ahli keluargaku dapat sama-sama dibangkitkan di padang mahsyar dalam keadaan kami kenal Nabi SAW dan Nabi SAW kenal kami dan beroleh syafaat dari Nabi SAW.

Semoga kami sekeluarga dapat sama-sama tinggal di SyurgaNya. Maka Allah SWT hadirkan ujian buatku sekeluarga untuk kami lebih dekat denganNya dan lebih cinta padaNya.

Aku melihat lebih banyak aura-aura positif tumbuh dalam keluargaku asbab setiap ujian yg dilalui.

Terima kasih Ya Allah. Peliharalah kami dan izinkan kami faham dan hidup dengan kalimah ‘laailaahaillallah muhammadurrasulullah’ sebelum kami kembali kepadaMu.

Hikmah buat diri ku…

IMANku di uji, aku di upgrade dalam:

melahirkan rasa baik sangka pada setiap yang berlaku,
melahirkan rasa gigih mencari hikmah 1st dalam setiap ujian,
melahirkan rasa yakin setiap masalah ada jalan keluarnya,
melahirkan rasa sepenuh hati bergantung pada Allah SWT.

Kerana, respon-respon ini sukar untuk lahir dalam hati bila iman (faith) tidak utuh dan ia perlu sentiasa diasah dan di upgrade untuk jadi lebih bersih dan kuat.

AKHLAKku diuji, aku di latih untuk:

tetap sabar dan tenang dalam melalui apa jua ujian,
tetap sabar dan tenang dalam mengendalikan emosi diri,
tetap sabar dan tenang dalam menghadapi emosi negatif insan lain.

Kerana, akhlak ini perlu dilatih agar sebati dalam diri.

Kerana, IMAN (faith) dan AKHLAK hanya akan tetap subur dan bertambah baik dengan ujian.

Bersyukurlah saat diuji, kerana Allah SWT sedang tarbiyah kita, meng-upgrade iman (faith) dalam hati dan mencantikkan akhlak kita.

Setiap dari kita menerima ujian yang berbeza-beza. Mungkin ringan di mata kita, tetapi berat bagi dia dan sebaliknya. Ujian yang datang bersesuaian dengan penerimanya. Ujian datang sebagai tarbiyyah untuk memperbaiki sisi hidup kita yang perlu di upgrade.

Apa yang penting adalah:

bagaimana kita sambut ujian itu?
bagaimana kita persiapkan mental, fizikal dan rohani?
bagaimana IMAN kita mentafsir ujian itu?

adakah kita;

baik sangka pada setiap yang berlaku,
mencari hikmah 1st dalam setiap ujian,
yakin setiap masalah ada jalan keluarnya,
sepenuh hati bergantung pada Allah SWT,

bagaimana AKHLAK kita respon pada ujian itu?

adakah kita tetap sabar dan tenang;
ketika melalui apa jua ujian,
ketika mengendalikan emosi diri,
ketika menghadapi emosi negatif insan lain,

Bagaimana untuk merasai keindahan tarbiyyah?
Bagaimana bila ujian datang menyapa?

The most important thing is, open your heart to learn and prepare yourself to be better!!!

Because you either learn and become better or you will only suffer from being ungrateful…

Dan aku memilih untuk berlapang dada dan belajar daripadanya… bila ujian datang menyapa…

Ucaplah “selamat datang, jemput masuk”. Raikan ia dan bergembiralah, kerana itu tandanya Allah SWT hendak upgrade imanku, Allah SWT hendak percantikkan lagi akhlakku.

Betulkan mind set kita, “alhamdulillah, ujian hadir lagi bererti tarbiyyah dari Allah datang lagi, bermakna aku telah layak untuk naik ke satu tingkat lagi”.

Mari layan tetamu ‘ujian’ ini dengan sebaiknya dan sajikan yang terbaik. InshaaAllah, ganjaran yang sangat besar dan hikmah yang sungguh indah menantiku.

Maka akan engkau rasai nikmatnya.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nur Hayati Jasmin. Ikuti perkembangan beliau melalui blog https://disy90.blogspot.com/

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.