,

Musuh Kita Yang Paling Berbahaya

Siapakah musuh kita?

Kita ada ramai musuh (diri, nafsu) namun musuh yang paling bahaya adalah iblis.

Iblis asalnya adalah daripada syurga. Mereka adalah makhluk Allah yang tinggi darjatnya sama seperti malaikat. Iblis mengakui bahawa Allah itu adalah penciptanya dan Allah itu Tuhan yang satu.

Namun ketika mana Allah memerintahkan malaikat dan iblis untuk sujud kepada Adam iaitu manusia pertama ciptaan Allah, iblis enggan untuk sujud.

“Engkau menciptakan Adam daripada tanah dan aku daripada api.”

Iblis ingkar perintah Allah dan takbur dengan dirinya, lalu Allah murka dan mengeluarkan iblis daripada syurga dan iblis menjadi makhluk terkutuk dan dilaknat oleh Allah sehingga qiamat.

Namun, iblis meminta penangguhan kepada Allah untuk menyesatkan lebih ramai manusia supaya menjadi pengikutnya.

Iblis berdendam kepada manusia kerana penciptaan manusia yang telah menyebabkan mereka dikeluarkan daripada syurga.

Iblis menyalahkan semua keturunan Adam termasuk kita! Demi membalas dendam maka iblis akan menyesatkan kita daripada jalan Allah.

Allah telah memberi penangguhan kepada iblis untuk menggoda manusia sehingga qiamat. Tetapi Allah tidak akan membiarkan hamba-hambaNya terperangkap dengan tipu daya iblis.

Justeru, Allah mengutuskan para Rasul dan menurunkan Al-Quran untuk menyelamatkan hamba-hambaNya daripada serangan iblis.

“Jika mereka tidak menghiraukan pengajaran Al-Quran, maka syaitan yang akan menjadi kawan karib mereka.”

Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya untuk hamba-hambaNya bertaubat setiap kali mereka tertipu dengan helah iblis. Allah memelihara hamba-hambaNya yang ikhlas daripada godaan iblis.

Iblis akan menyesatkan kita daripada pelbagai arah… kiri… kanan… depan… dan belakang.

Namun Allah menghantarkan pertolonganNya kepada kita dari segala arah. Allah akan memberi petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Apa pengajaran yang kita dapat daripada kisah tersebut?

  • Iblis percaya Allah adalah Tuhannya
  • Iblis tidak mempersekutukan Allah
  • Iblis ingkar perintah Allah
  • Iblis bersifat takbur
  • Iblis berdendam kepada manusia kerana penciptaan manusia menjadi sebab dia diturunkan daripada syurga
  • Iblis akan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara
  • Iblis dilaknat oleh Allah kerana keingkarannya
  • Pertolongan Allah dan Al-Quran benteng serangan daripada iblis

His disbelieve is his disobedience!

His disbelieve is his disobedience!

His disbelieve is his disobedience!

Iblis kufur kepada Allah bukan kerana dia syirik. Tetapi kerana dia tidak taat kepada Allah.

Iblis ingkar perintah Allah untuk sujud kepada Adam. Lalu, Allah mengeluarkan iblis daripada syurga.

Iblis tidak perlu menggoda manusia supaya syirik kepada Allah. Tidak perlu! Manusia masih boleh mengakui Allah adalah penciptanya.

Akan tetapi iblis hanya perlu hasut supaya manusia tidak taat kepada perintah Allah.

All iblis need to do is… disobey Allah!

  • Allah suruh solat… tidak solat
  • Allah suruh tutup aurat… tidak tutup aurat
  • Allah suruh baca Al-Quran… tidak baca Al-Quran
  • Allah suruh buat baik dengan ibu bapa… derhaka dengan ibu bapa
  • Allah suruh eratkan silaturahim… bergaduh sesama sendiri
  • Allah suruh sedekah… kedekut nak keluarkan duit
  • Allah suruh jauhi arak… minum arak
  • Allah suruh jauhi zina… dekati zina

Don’t you think that iblis already succeed in his mission?

Kalau macam tu, apa bezanya manusia dengan iblis?

Ya… Manusia mengakui Allah itu Tuhan. Tetapi iblis juga mengakui bahawa Allah itu Tuhannya.

Allah perintahkan iblis untuk sujud, iblis enggan. Allah perintahkan manusia untuk solat, manusia enggan!

Apa beza manusia dengan iblis?

Bezanya ialah iblis tidak meminta ampun kepada Allah bila mana dia melakukan kesilapan kerana iblis itu takbur dan sombong.

Namun, manusia masih ada peluang yang Allah berikan untuk meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Jangan menjadi sombong dan takbur seperti iblis.

Grab the chances to repent because Allah is waiting!

Kita perlu ada perasaan hamba dalam diri kita. Hamba kepada Dia yang Maha Esa. Tidak perlu bersikap sombong dan membangga diri kerana pada hakikatnya kita semua papa.

Hatta nyawa kita milik Allah. Segalanya milik Allah dan Dia berhak untuk mengambilnya bila-bila masa sahaja.

Jangan pernah kita beranggapan bahawa kita sudah terlalu hebat dan tidak akan tergoda dengan panahan iblis.

Hatta iblis berjaya menggoda Nabi Adam dan anak-anak nabi apatah lagi kita manusia biasa.

Mintalah pertolongan dan perlindungan kepada Allah daripada perangkap iblis kerana hanya Allah yang Maha Tahu kelemahan setiap makhlukNya.

“Aku berlindung dengan nama Allah daripada syaitan yang dilaknat.”

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Bachok, Kelantan. Merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda farmasi di UKM. Layari FB page Skirt Labuh untuk melihat koleksi handbag mampu milik, jam tangan, tudung dan baju.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.