,

Setiap Perbuatan Beliau Menggambarkan Sikap Tawadhuk Yang Tinggi

Beliau adalah satu figura yang cukup hebat. Sentiasa berjubah putih dan berserban ke mana sahaja beliau pergi. Sentiasa berusaha untuk melakukan terbaik untuk rakyat negerinya.

Beliau adalah pemimpin yang cukup dikagumi bukan sahaja pentadbirannya akan tetapi juga agamanya.

Beliau bekerja keras sebagai khalifah Allah untuk memenangkan Islam di muka bumi ini namun beliau tidak sempat untuk melihat kemenangan Islam kerana Allah lebih menyayangi ulamaNya.

Siapakah beliau?

Setiap ucapan beliau tidak akan pernah terpisah antara dunia dan akhirat. Setiap perbuatan beliau menggambarkan sikap tawadhuk yang tinggi.

Beliau tegas mempertahankan agama ketika ramai menentangnya. Ramai yang mengagumi keperibadiannya namun sering kali disalah tafsir sebagai terlalu taksub kepada beliau.

Ini bukan suatu ketaksuban tetapi suatu perasaan yang hanya mereka yang memahami.

Jika kita membaca sirah Rasulullah dan para sahabat, maka kita akan temukan betapa besarnya cinta para sahabat terhadap Rasulullah.

Mereka sanggup bergadai nyawa kerana Rasulullah. Mereka sanggup menjadi perisai nabi di medan perang. Mereka akan marah jika ada yang berani menghina Rasulullah.

Ini adalah perasaan sayang yang sama namun tidak dapat dibandingkan sayang kita kepada Rasulullah.

Ulama adalah pewaris nabi dan juga termasuk orang yang nabi cintai.

Maka apakah satu kehairan jika kita turut mencintai apa yang nabi cinta? Apakah suatu kesalahan jika kita mengagumi sosok peribadi yang dekat dengan Allah?

Jika kita mencintai nabi, maka kita harus mencintai para ulama.

Kata-kata yang beliau kongsikan dalam buku “Bicara ini demi Ilahi.”

“Setiap daripada kita ada cahaya di dalam hati dan yang membezakan antara kita adalah terang atau malap cahaya tersebut. Jika cahaya tersebut terang kita akan mampu menerangi diri kita dan orang lain tetapi sekiranya cahaya itu malap, ia hanya boleh menerangi diri kita sahaja. Cahaya itu adalah datangnya daripada Al-Quran.”

Kata-kata beliau sentiasa berhikmah.

Kita ada akhirat. Setiap benda yang kita buat di dunia mestilah bersesuaian dan berguna di akhirat kelak. Kita boleh berjual beli tetapi pastikan jual beli kita ini di dunia dapat duit dan di akhirat dapat pahala. Dan pahala ini adalah duit kita untuk “membeli” di akhirat kelak. Contohnya kalau kita pergi Thailand, duit kita tidak laku di sana kerana ia adalah kerajaan lain. Akhirat kelak? Kerajaan lain.”

Pertanyaan yang mungkin seringkali timbul dalam fikiran kita. Persoalan yang mungkin sampai sekarang masih tiada jawapan.

“Kenapa kita sentiasa berpecah sesama sendiri? Kerana ramai antara kita yang menolak Islam. Jika mereka yang sudah Islam, tolong kembali kepada Islam kerana Islam sudah cukup lengkap.”

Sekarang beliau menjadi kenangan terindah dalam hidup kita. Pinjaman daripada Allah untuk menyedarkan kita yang buta ilmu agama.

Siapakah beliau?

Beliau yang kita segani. Beliau yang namanya terkenal di kalangan penduduk bumi dan semoga terkenal di kalangan penduduk langit. Amin.

Dalam kenangan Tuan Guru.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau. Al-Fatihah.

Tolong teruskan perjuangan Islam selepas ketiadaan saya.”

Almarhum Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mantan Menteri Besar Kelantan.

(1931-2015)

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Bachok, Kelantan. Merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda farmasi di UKM. Layari FB page Skirt Labuh untuk melihat koleksi handbag mampu milik, jam tangan, tudung dan baju.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%