,

Dunia Hanyalah Tempat Untuk Kita Tinggalkan

Assalamualaikum aku ucapkan sebagai doa salam sejahtera ke atas para rakan pembaca.

Pembaca yang amat aku sayangi walau hakikatnya aku tidak pun tahu bagaimanakah kehidupan sebenar kalian di luar sana.

Dari jauh aku hanya boleh mengucapkan terima kasih kerana sentiasa sudi datang ke ruangan catatan aku yang tak seberapanya ni.

Perhubungan antara kita semua bermula di atas dunia. Dunia yang sama sekali BUKAN SEBUAH TEMPAT TINGGAL TETAPI HANYALAH TEMPAT UNTUK KITA MENINGGAL.

Ya! Dunia ini Allah ciptakan sebagai tempat untuk menguji setiap hambaNya dan juga sebagai tempat untuk kita meninggal supaya dapat kembali ke sisinya semula.

Setiap kali sebelum mahu lelapkan mata, renunglah wajah anak-anak seorang demi seorang.

Pastinya terasa seperti baru semalam kita habiskan exam SPM tapi hakikatnya tika ini kita bukan hanya sudah bergelar seorang isteri/suami bahkan juga sudah bergelar seorang ibu/ayah.

Ingatkanlah juga segala kejadian yang lalu. Ada pahit dan ada juga yang manis.

Pastinya kita pernah berasa marah dan kecewa apabila didatangkan perkara yang kita tidak suka namun setelah berada di usia sekarang, barulah kita mula faham apa yang pernah berlaku dulu.

Barulah kita nampak kenapa Dia berikan musibah sebegitu. Bahkan jika tidak kerana musibah musibah itu pastinya kita akan terus alpa dan hanyut dengan keadaan dunia yang penuh muslihat dan tipu daya ini.

Mujurlah Dia sedarkan kita bahawa tempat tinggal yang kekal bukanlah di sini.

TUHAN ITU ADA !! Jika tidak masakan kita boleh tiba ke dunia ini.

Masakan juga kita boleh didatangi seorang pria/wanita yang sudi menjadikan kita sebagai isteri/suaminya. Masakan juga si ibu boleh mengandung dan melahirkan.

Setiap pergerakan si kecil di dalam perut si ibu semuanya kerana jagaan Dia. Tika hamil bermakna ada nyawa di dalam perut si ibu ini dan nyawa itu sedang di perhatikan oleh Allah setiap detik dan waktu.

Membesar sedikit demi sedikit di dalam kandungan yang cukup susah untuk kita fahami. Semuanya kerja Dia dari awal dan bukankah itu tanda paling nyata bahawa Allah itu ada?

Allah sedang sntiasa memerhatikan si ibu yang sedang membawa amanah dalam sebuah nyawa ini.

Jika Allah itu tidak melihat kita, sudah pastinya kita ini tidak akan bisa memperoleh apa yang kita ada sekarang.

Pastinya kita hanya akan terbiar kosong tak bernyawa tanpa sebuah kehidupan yang penuh warna-warni suka duka.

Kerana Tuhan itu ada di sisilah maka kita punya keluarga, teman dan anak-anak yang boleh memberi dan menerima perasaan kasih dan sayang.

Itu juga tanda bahawa Dia saying dan mengasihi kita, kerana itu Dia tidak membiarkan kita berada berseorangan di dalam dunia yang sementara ini.

SEDARLAH ! Tiba masa kita akan pergi.

Berat sebenarnya untuk kita tinggalkan dunia yang penuh kejadian ini namun siapa kita untuk menolak takdir Ilahi.

Siapa juga kita untuk terus kekal abadi di atas muka bumi ciptaanNya ini. Walau berat untuk kita pergi namun kita tak punya kuasa apa-apa untuk terus berada di sini.

Sedihnya rasa hati apabila melihat wajah ibu/ayah, suami/isteri dan anak-anak. Wajah-wajah yang bakal kita tinggalkan suatu hari nanti.

Tika itu kita sudah tak berdaya untuk kembali ke sisi mereka lagi. Kita juga sudah tidak berdaya untuk menyentuh dan memeluk anak-anak kesayangan kita ini.

Tiada lagi panggilan mama/abah yang bakal kita dengar dari mulut mereka.

Tiada lagi pelukan dan ciuman sayang untuk kita dari mereka semua kerana itu tolonglah menghargai setiap jarum saat yang akan berlalu kerana hakikatnya MASA ITU ADALAH UMPAMA KACA YANG SENTIASA BERDERAI dan sekali ia pecah tidak mungkin akan bisa untuk dicantum kembali.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Siti Awadah. Ikuti perkembangan beliau melalui blog www.sishawa.com

Anda berminat untuk menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam dan berpeluang memenangi hadiah Utama RM300 dengan cara menghantar artikel hasil penulisan anda? Klik sini (sah sehingga 15 Disember 2018 sahaja)

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%