,

Dua Jenis Larangan (An-Nahyu) Berdasarkan Al-Quran Dan Hadis

Terdapat banyak larangan yang dapat dikenal pasti daripada sumber al-Quran dan hadis. Persoalannya, adakah larangan tersebut bermaksud tidak boleh melakukannya langsung?

Jadi, ulama berpandangan bahawa larangan (an-nahyu) boleh dibahagi kepada dua hukum, iaitu larangan haram atau larangan makruh.

Jom kita lihat satu persatu.

(a) Larangan yang hukumnya haram

Orang Islam haram melakukan apa yang dilarang Allah dan Rasul, namun jika buat juga, maka seseorang itu akan dihukum berdasarkan hukuman yang telah ditentukan syarak sama ada hukuman di dunia atau akhirat.

Contoh larangan yang haram ialah membunuh, berzina, minum arak, mencuri, riba, berbohong, mengumpat, memfitnah, makan babi dan perbuatan-perbuatan lain yang ditegah dalam syariat Allah.

Larangan sebegini mestilah ditinggalkan kesemuanya, sama ada kecil atau besar, melainkan jika ada dharurat yang dibenarkan syarak sahaja.

(b) Larangan yang hukumnya makruh. 

Allah dan Rasul melarang umat Islam melakukan perkara-perkara tertentu, namun ia hanya membawa hukum makruh.

Maksudnya, jika seseorang melakukannya, maka tidak haram bagi dirinya malah tidak dihukum. Makruh juga dipanggil sebagai larangan tanzih.

Cuma, harus berhati-hati kerana jika terlalu banyak melakukan perkara makruh, dikhuatiri akan mula melakukan perkara haram atau meninggalkan perkara wajib pula.

Jadi, seorang Muslim yang bertakwa akan berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan perkara-perkara yang makruh.

Contoh larangan yang makruh ialah memakan bawang mentah bagi sesiapa yang ingin menunaikan solat kerana dikhuatiri mengganggu jemaah lain dengan baunya yang tidak menyenangkan.

Wallahu’alam.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%