,

Jika Kita Di Tempat Mereka, Belum Tentu Kita Sekuat Mereka

Alisa tersenyum lega kerana minggu yang super busy sudah berjaya dia lalui dengan jayanya. Terasa sekejap masa berlalu. Alhamdulillah.

Alisa teringat pengalaman ketika dia menjalani latihan dan praktikal di hospital. Pengalaman yang memberi sejuta satu rasa.

Pahit, manis, masam dan segalanya bercampur baur dan itulah salah satu pengalaman yang sangat berharga yang membentuk Alisa tumbuh menjadi seorang insan yang kuat.

Kuat emosi.
Kuat fizikal.
Kuat rohani.

Dan tidak lupa juga kuat ilmu dan amalnya. InshaAllah.

Dia teringat setiap minggu praktikal pasti dia akan tercongak di wad yang berbeza-beza. Mundar-mandir mencari case pesakit yang sesuai.

Oncology ward.
Orthopaedic ward.
Medical ward.
Daycare clinic.

Terdetik di hati Alisa. “Siapa yang Allah ingin temukan denganku?”

Alisa mencari pesakit dan Allah jua yang menentukan pesakit mana yang akan dia temui untuk diambil case dan juga untuk dia belajar sesuatu daripadanya.

Setiap seseorang yang dia jumpa, pasti dia akan cuba untuk belajar dan ambil pengajaran.

Experience is the best teacher.

Sebaik sahaja Alisa melangkah masuk ke dalam mana-mana wad, maka dia akan melihat satu situasi.

Para doktor dan nurses akan berada di kaunter atau katil pesakit. Mereka kelihatan sibuk dengan kerja masing-masing. Ada yang menulis dan mencatat.

Kemudian. Alisa akan melihat pesakit-pesakit dengan pelbagai ragam. Ada yang tidur dengan nyenyak, ada yang berbual dengan keluarga, ada yang termenung dan ada yang membaca.

Pesakit yang tidur. Biarlah dia berehat.
Pesakit yang ada keluarga datang melawat. Biarkan mereka meluangkan masa bersama-sama.

Pesakit yang termenung atau tengah main phone. Alisa akan dekati dan jika mereka mesra dan boleh melayan soal jawab, maka dia akan teruskan.

Medical ward

Ada dua orang pesakit yang Alisa jumpa sangat peramah dan humble. Dua-dua adalah pesara kerajaan.

Semasa jumpa Encik A, beliau tengah pegang phone dan bersendirian tanpa ditemani keluarga. Mungkin kerana masih awal pagi dan belum waktunya keluarga datang melawat.

Apabila ditanyakan soalan, beliau begitu senang bercerita malah tersangat peramah. Segala cerita dan nasihat keluar. Beliau yang peramah menyenangkan Alisa untuk berbual dengannya. Muka beliau yang ceria dan sentiasa tersenyum walaupun beliau sakit.

Kemudian, Alisa meminta kebenaran untuk mengambil case Encik A untuk present kepada preceptor dan lecturers. Beliau setuju.

“Encik, bila Encik boleh balik rumah sebab keadaan Encik dah semakin baik?”

“Kalau lab result saya keluar hari ini ok, saya akan balik petang ni.”

Petangnya, apabila Alisa datang untuk berjumpa dengan Encik A, hanya katil yang kosong menjamu matanya. Encik A dah boleh keluar daripada wad.

Maknanya lab result beliau ok.

Sedih dan gembira.

Sedih kerana tidak sempat jumpa Encik A yang sangat baik. Beliau melayan Alisa dengan cerita details yang menjawab segala pertanyaan penting untuk case presentation. Bukan sekali jumpa tetapi dua kali.

Gembira kerana Encik A sudah boleh pulang. Alhamdulilah, semoga cepat sembuh Encik A.

Oncology ward

Kemudian untuk pesakit kedua, Alisa harus mencari pesakit kanser. So dia harus pergi ke oncology ward.

Di sana, Alisa mula mencari pesakit dan dia akhirnya menemui Encik B. Alisa berjumpa dengan beliau dan ketika itu beliau ditemani isteri tersayang. Encik B yang sangat baik dan humble.

Alisa hanya berbual-bual biasa dengan Encik B dan isterinya sambil mengutip maklumat tentang penyakitnya dan setelah itu Alisa meminta diri untuk mencari BHT milik Encik B.

Ketika itu, Alisa terdengar Encik B tengah berbual dengan doktor yang merawatnya. Both of them were speaking fluent English!

Encik B yang nampak macam typical uncle rupa-rupanya bukan calang-calang orang. Kerana beliau yang begitu humble membuatkan Alisa selesa berbual dengannya dan kerana beliau yang begitu humble membuatkan Alisa lupa beliau adalah “somebody”.

“Saya dah boleh balik sebab chemotherapy saya dah selesai. Tapi saya akan ada appointment nanti di daycare clinic…”

“Semoga cepat sihat, Encik.”

Dua hari kemudian, Alisa mendapat tahu Encik B terpaksa masuk kembali ke dalam oncology ward.

So, dia pergi menemui Encik B di katil yang sama seperti sebelum ini. Kelihatan Encik B sedang termenung panjang.

“Encik, Encik kenal saya? Saya yang datang hari tu.”

“Ya, saya cam kamu. Tetapi maaf sebab saya tidak sihat. Nanti kamu boleh datang lagi apabila saya sudah sihat.”(Beliau terpaksa pakai mask).

“Encik, hari ini hari terakhir saya di wad ni. Lepas ini saya dah pergi wad lain.”

“Oh ya ke, ini hari terakhir kamu kat sini?”

“Ya, Encik rehat baik-baik, semoga cepat sembuh. Jaga kesihatan Encik baik-baik ya, saya pergi dulu, Assalamualaikum.”

Dua cerita yang berbeza antara cerita-cerita yang mematangkan hidup seorang Alisa. Ramai manusia yang sangat positif, baik dan humble di sekeliling kita tetapi kita yang harus terlebih dahulu cuba untuk menjadi positif.

Mereka yang positif akan mempengaruhi orang lain untuk menjadi positif.

Tidak ada yang berlaku kepada kita kecuali dengan izin Allah.

Setiap orang yang kita jumpa.
Setiap perkara yang terjadi kepada kita.

Segalanya adalah suatu pengajaran untuk kita dan kita perlu belajar untuk improve diri kita melalui apa yang Allah sediakan untuk kita.

Yang baik datang daripada Allah.
Yang buruk datang daripada kesilapan diri kita.

Wallahua’lam.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Bachok, Kelantan. Merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda farmasi di UKM. Layari FB page Skirt Labuh untuk melihat koleksi handbag mampu milik, jam tangan, tudung dan baju.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%