,

Alam Semesta Semakin Mengembang: Mukjizat Saintifik Al-Quran

Mukjizat sainstifik al-Quran boleh meningkatkan keimanan kita pada Allah S.W.T terutama dalam bidang astrofizik.

Di dalam ayat al-Quran di bawah ini menjelaskan bahawa alam semesta akan sentiasa “mengembang” dan sememangnya menakjubkan kerana selari dengan penemuan sains semasa.

“Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami. Dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.” (Surah Adz-Dzaariyaat 51:47)

Terjemahan Bahasa Inggeris: “We constructed the universe with power, and We are expanding it.”

Di dalam bahasa Arab, perkataan muusi’uun berasal daripada perkataaan wasu-a’ yang bermaksud… To be wide, Roomy, Spacious, Extensive.

(Kamus Hans Wehr a Dictionary of Modern Written Arabic – (Sumber: Dr Danial Zainal Abdidin di dalam buku beliau “Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains”, 2009))

Ianya selari dengan penemuan saintis bahawa alam semesta sentiasa mengembang sejak alam ini mengalami ledakan Big Bang.

Ahli astronomi Amerika Edwin Hubble membuat pemerhatian pada tahun 1929 dan merupakan yang pertama membuktikan bahawa alam semesta berkembang.

Edwin Hubble membuktikan bahawa terdapat hubungan langsung antara kelajuan galaksi jauh dan jarak dari Bumi.

Semakin jauh galaksi dengan bumi, semakin laju proses pengembangan alam semesta. Ini kini dikenali sebagai Hubble’s Law.

Ahli astronomi yang menggunakan NASA Hubble Space Telescope telah mendapati bahawa alam semesta berkembang 5 peratus hingga 9 peratus lebih pantas dari yang dijangkakan.

Ilustrasi ini menunjukkan tiga langkah ahli astronomi yang digunakan untuk mengukur kadar pengembangan alam semesta.

Ahli astronomi menggunakan Cepheids untuk mengukur kecerahan sebenar supernova dalam setiap galaksi. Dari pengukuran ini, para astronomi menentukan jarak galaksi.

(Sumber: NASA, ESA, A. Feild (STScI), and A. Riess (STScI/JHU))

Justeru, alangkah ajaibnya mukjizat saintifik yang terkandung di dalam al-Quran ini. Seharusnya firman Allah S.W.T menjadi pedoman umat Islam agar menjadi umat yang berakal (Ulul Albab) yang sentiasa mengkaji keajaiban ciptaan Tuhan bagi meningkatkan iman mereka kepada Allah S.W.T.

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”.” (Surah A-li’Imraan 3:191 – Definisi golongan Ulul Albab)

Mukjizat saintifik al-Quran ini seharusnya menjadi salah satu medium dakwah kepada golongan bukan Islam agar dapat menarik perhatian kepada mereka mengenai kebenaran Islam.

Sesungguhnya pembuktian kebenaran ayat-ayat al Quran dari segi kajian sains adalah merupakan salah satu dimensi dakwah bagi membuktikan al-Quran merupakan kalam Allah S.W.T sepertimana dijelaskan di dalam surah Al-Fussilat 41:53.

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Muhd Ridhuan Bin Sulaiman. Berasal dari Shah Alam, Selangor. Kini, berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Ibu Pejabat JKR, Malaysia.

Adik kepada penulis ada menyediakan perkhidmatan “Private Martial Art Lesson” di Seksyen 19, Shah Alam. Sila hubungi adik penulis, Muhammad Ikram di talian 017-603 9997 untuk sebarang pertanyaan. Layari https://www.instagram.com/ikramtyson/

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.