, ,

Sudikah Kau Menerima HambaMu Yang Hina Ini?

Ku termenung jauh merenung ke luar jendela. Kelihatan suasana pagi yang sungguh nyaman sekali.

Di kala hujung minggu sememangnya waktu yang sesuai untuk merehatkan minda. Otakku rasa penat memikirkan masalah kerja seharian yang tidak putus-putus.

Berbunyi whatsapp daripada isteriku. Isteriku bidadariku telah mengirimkan sebuah lagu.

Cuba abang dengar sampai rasa sesuatu,” pinta isteriku bersungguh-sungguh.

InsyaAllah sayang,” balasku sambil tersenyum melihat kesungguhan isteriku ini.

Ku meneliti dan cuba menelusuri keindahan lirik lagu ini terlebih dahulu. Tampaknya lagu ini memiliki seni makna dan lafaz lirik ini juga indah. Yang memberikan pengajaran dalam menelusuri kehidupan dunia yang menipu ini.

“Semakin jauhku daripadaMu.
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku.”

Hamba yang hina seringkali jauh daripada TuhanNya. Namun, Tuhan tidak akan membiarkan hambaNya sesat daripadaNya. Masih diilhamkan kepada jantung hati kita jalan-jalan untuk menelusuri cinta Ilahi. Allah sayang kita.

“Siapakah diriku di pandanganMu.”

Isteriku bidadariku sentiasa menegurku dengan penuh hikmah dan tegas.

“Abang jangan lupa ya solat berjemaah. Kan bagus solat berjemaah.”

“Abang, malam sebelum tidur amalkan surah al-Mulk ya.”

Abang, jangan lupa solat sunat dua rakaat seperti solat Dhuha.”

Siapakah kami di tempatMu wahai Tuhan. Adakah kami ini telah mendustakan nikmatMu? Tak dapatlah kami menghitung pujian kepadaMu sepertimana Engkau memuji diriMu sendiri.

“Semakin cuba kudekati, semakin kuat pula Kau mendugaiku.”

Ya, sungguh besar ujianMu kepada kami. Bagaikan lautan gelora yang ganas, ataupun haiwan liar membaham mangsaNya.

Kami memerlukan suntikan nurbisa (penawar bisa) bagi menelusuri ujian yang penuh gundah ini. Tanpa sapaan ujian, kami masih selesa dengan kehidupan dunia yang penuh menipu ini.

Menangislah, wahai mata. Tangisan mata mendekatkan diri kepadaMu. Tangisan mata mencari cinta Ilahi.

“Bagaimana nantinya tika berhadapan denganMu. Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini?”

“Andainya dihitung amalanku, belum pasti dapatku hampiri gerbang syurga-Mu…”

Wahai Tuhan, kami tidak sanggup ke nerakaMu.
Kami pernah terdengar, hadis yang menyatakan seksaan paling ringan di Neraka.
Pabila bara api di bawah kedua telapak kaki,
sedang otaknya mendidih!

Berdegup jantung kami, untuk meniti titian ke seberang.
Ramai telah kecundang jatuh jurang yang dalam,
sedang tebing nerakaMu menunggu kami.
Dalam meniti titian Sirat ke SyurgaMu

“Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): ‘Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku’.” (Surah Al-Haaqqah 69:25)

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Muhd Ridhuan Bin Sulaiman. Berasal dari Shah Alam, Selangor. Kini, berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Ibu Pejabat JKR, Malaysia.

Adik kepada penulis ada menyediakan perkhidmatan “Private Martial Art Lesson” di Seksyen 19, Shah Alam. Sila hubungi adik penulis, Muhammad Ikram di talian 017-603 9997 untuk sebarang pertanyaan. Layari https://www.instagram.com/ikramtyson/

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Total votes: 5

Upvotes: 5

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%