,

Aku Ingin Berhijrah

Seperti tajuk, aku merupakan seorang pendosa dan tak pernah terlepas melakukan dosa. Dosa besar telah pun aku buat, ketika aku leka dengan dunia.

Maafkan aku jika mebuka aib, aku cuma hrap kisah ni boleh dijadikan pengajaran buat yang lain.

Aku hidup merantau dan hidup ku bebas. Aku bebas ke mana sahaja tak ada yang menghalang dengan berbekalkan kepercayaan yang aku boleh bawa diri walaupun aku masih muda dan mentah.

Aku leka dengan dunia, aku buat apa yang aku suka tanpa memikirkan ibu ku yang jauh.

Apa yang aku ingin kan hanyalah kepuasan semata-mata. Hampir setahun aku hidup bersendirian di pantai timur dan bumi borneo menjadikan hidup aku berubah.

Disahkan hamil dan kandungan berusia 13 minggu membuatkan hidup aku tak tentu arah. Dengan status mengandung anak luar nikah, mustahil mudah untuk aku hadapi seorang diri.

Pihak lelaki mengetahui keadaan aku dan meminta aku untuk menggugurkan kandungan. Pada mulanya aku menolak kerana sedar dosa yang lebih besar yang akan aku lakukan.

Hari demi hari kandungan aku makin membesar tanpa sesiapa pun mengetahui sehinggalah aku bersetuju untuk menggugurkan bayi tersebut.

Semuanya aku lakukan sendiri di rumah dengan ubat haram yang aku beli hasil perkongsian duit dengan lelaki tersebut. Ya allah, ampunkan dosa hamba-Mu ini.

Sebelum aku putuskan untuk melakukan abortion, aku pernah bertanya rakan-rakanku tentang pusat pemulihan untuk remaja yang mengandung ank luar nikah.

Malah aku pernah DM insta sesorang yang terkenal dan beliau telah lama membantu remaja yg mempunyai status ‘mengandung ank luar nikah’. Tapi aku tak dpat maklum balas dan aku putus asa untuk menyimpan bayi tersebut.

Hari demi hari, hati ku tidak tenang. Setiap malam aku menangis teringat dosa yang aku lakukan. Teringat ibu ku di kampong, arwah ayahku. Aku menyesal kerana aku telah membunuh satu nyawa yang tak berdosa sama sekali. Astaghfirullah.

Aku cuba dapatkan kekuatan dengan banyakkan mengingati Allah, minta ampun dariNya.

Aku mula ikuti segala ask dan live session kak Fynn Jamal di Instagram, sehingga la sampai satu masa hati aku terbuka dengan kata-kata kak Fynn, “Ape yang telah terjadi,biarkan berlalu. Mintak ampun dekat Allah. Buat solat sunat taubat dan jangan ulangi”.

Setiap kali aku baca ask Kak Fynn, aku menangis. Kebanyakan apa yang disampaikan beliau terkena pada diri ini.

Aku cuba perlahan lahan cukup kan solat 5 waktu. Aku cuba lakukan solat taubat, dan aku cuba sedaya upaya aku memperbaiki diri. Sehingga la hati aku trdetik untuk berhenti kerja yg menjanjikan gaji beribu dan mengambil keputusan untuk pulang ke kampung, demi memperbaiki diri.

Dan sekarang aku di kampong masih dalam proses memperbaiki diriku. Semoga aku terus istiqomah mencari hidayah Allah.

Doakan aku terus kuat, dan kita semua diampunkan dosa-dosa kita yg lalu. Amin ya Allah.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Rasyida Sulaiman.

Anda berminat untuk menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam dan berpeluang memenangi hadiah Utama RM300 dengan cara menghantar artikel hasil penulisan anda? Klik sini (Tarikh tutup: 15/11/2018. Artikel terpilih akan disiar sehingga 15/12/2018)

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 6

Upvotes: 4

Upvotes percentage: 66.666667%

Downvotes: 2

Downvotes percentage: 33.333333%