,

Tidakkah Kita Bersyukur Memiliki Allah Yang Maha Penyayang?

Dalam hidup kita, kita sentiasa dituntut untuk menjadi seorang hamba yang bersyukur.

Kita sering diperingatkan,

“Kamu mesti bersyukur dengan apa yang kamu dapat!”

“Kamu mesti bersyukur dengan setiap yang berlaku dalam hidup kamu!”

Ya. Kita bersyukur untuk semua itu akan tetapi kita terlupa untuk bersyukur bahawa kita mempunyai Allah.

Adakah kita bersyukur mempunyai Allah sebagai Tuhan kita?

Kita tahu berapa ramai manusia yang wujud di seluruh dunia, bukan?

Dan daripada berjuta-juta manusia itu, Allah memilih kita sebagai salah seorang hambaNya!

Muslim.

Kalau kita fikirkan, tiada yang special pun tentang diri kita.

Nyawa? Milik Dia.

Jasad? Milik Dia.

Harta? Milik Dia.

We are nothing but Islam gave us everything!

Jadi tidakkah kita bersyukur kerana Allah memilih kita?

Tidakkah kita bersyukur kerana Allah itu Tuhan kita?

Tidakkah kita bersyukur kerana kita ini hamba-Nya?

Fikirkan sejenak…

Tidak cukup sekadar itu.

Apakah perasaan kita apabila membaca ayat ini?

“Apa yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.” (55:29)

Tidakkah hati kita tersentuh?

Kenapa?

“Setiap waktu Dia dalam kesibukan.”

Allah sedang mengubati hati yang dalam kesedihan. Yang berputus asa dengan kehidupan.

Mengampuni dosa para pendosa.

Memberi rezeki untuk setiap makhluk-Nya. Hatta haiwan melata di bumi pun Allah jamin rezeki mereka.

Menyembuhkan orang-orang sakit.

Memberi jalan keluar kepada yang mendapat masalah.

Menyambungkan semula yang patah.

Maka tidak ada kata yang dapat mengungkapkan rasa di hati selain…

Alhamdulillah…

Alhamdulillah…

Alhamdulillah…

Terima kasih ya Allah atas segala perhatian dan kasih sayang-Mu walaupun kita…

Masih belum ikhlas mencintai Allah.

Masih belum setia kepada Dia.

Masih bertatih mengenalNya.

Namun kerana Dia Ar-Rahman Ar-Rahim, Dia tetap setia dan ada untuk kita.

If you are praying to Allah, you are not a person (general) but you are the person (specific) for Allah. He gives his attention to you directly in person. Be honoured and be grateful as He spend his time just for you!

Not your President!

Not your Prime Minister!

Not your Boss!

But He is your Creator!

Betul, kita dituntut untuk bersyukur dengan setiap apa yang Allah berikan kepada kita.

Sesuatu yang kita dapat daripada Allah, kita sebagai penerima memang harus bersyukur dan berterima kasih.

Itu orang cakap syukuri nikmat.

Sama juga jika kita mendapat sesuatu daripada manusia, kita sebagai penerima perlu berterima kasih.

Itu namanya kenang budi.

Semua itu adalah lumrah kehidupan.

Kita bersyukur kepada Allah untuk setiap pemberian.

Namun kita alpa untuk bersyukur bahawa…

kita mempunyai Dia sebagai Tuhan kita.

Bersyukurkah kita mempunyai Dia Tuhan Yang Maha Penyayang?

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Bachok, Kelantan. Merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda farmasi di UKM. Layari FB page Skirt Labuh untuk melihat koleksi handbag mampu milik, jam tangan, tudung dan baju.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.