, ,

Semoga Kami Berdua Disatukan Dalam Kebaikan (bahagian 1)

*Tulisan ini daripada Muhamad Syafiq bin Salim kepada isterinya tercinta Siti Noraim Binti Abdul Ghani*

Hari ini, saat ini merupakan detik yang besar dalam kehidupanku, hari yang mana aku bergelar suami kepada seorang wanita yang dahulu aku bercita-cita ingin menjadinya peneman dalam hidup.

Bila teringat balik dari satu masa ke satu masa yang lain hingga ke hari ini. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna. Yang membentuk peribadi diri ini.

Itulah hidup dan ia tak lari daripada kehidupan insan. Lebih besar daripada itu ada beberapa perkara dalam perjalanan itu membuatkan aku sanggat terkesan.

Suatu Masa Dahulu

Masih aku ingat pada waktu itu, waktu kita bersama di satu kelas tingkatan 3 dahulu. Melihat orangnya menjadikan aku suka. Tidak tahu kenapa, mungkin kerana mukanya putih.

Ahh, putih itu hanyalah foundation atau bedak yang hanya ditampal di muka sahaja dan ramai pelajar perempuan lain yang melakukannya.

Tapi yang ini lain, sikapnya yang sederhana, cakapnya sopan, penampilannya menunjukkan budi yang baik. Aku suka!

Tapi aku ada satu masalah, aku malu! Walaupun pada ketika itu kawan-kawan lain bersaing menunjukkan dirinya mulia kerana ada kekasih.

Disebabkan sikap aku itu, kemudian ia tidak berpihak kepadaku. Walaupun begitu, peluang itu masih ada. Masih ada. Orang kata:

“Journey of a thousand miles begins with a single step” –Lao Tzu-

Jadi aku mulakan langkah tapi persoalannya macam mana? Dari hari tu aku mula berfikir macam manalah nak mendekati anak dara sorang ni. Susah gak sebab akukan pemalu.

Tapi nak atau tak, aku kena mencuba dan antara benda yang dibuat adalah singgah kedai perabut ibunya di Taman Harmoni.

Aku ingat lagi, pada waktu itu aku hanya menaiki basikal untuk pergi ke kedai perabot ibunya untuk menanyakan khabar. Bagiku itu antara strategi yang paling berkesan walaupun sekejap saja jumpa tapi sekurang-kurangnya ibunya kenal diri ni.

Setelah beberapa tahun sehingga aku tamat pengajian ijazah dan bekerja. Barulah aku memberitahu hajatku dihati.

Lama juga dia berfikir untuk terima aku tetapi mungkin disebabkan strategi jumpa ibunya dulu, mungkin!

Akhinya dia menerima aku yang tak seberapa ini sebagai peneman hidupnya kelak. Kemudian, aku melanjutkan pengajian master dan pada waktu yang sama kami bertunang. Syukur.

Alhamdulillah dalam tempoh bertunang, orangnya sangat memahami aku. Apatah lagi ketika itu aku sebagai pelajar dan dalam tempoh itu boleh dikatakan kami tak “berperang”.

Orang kata waktu bertunang ni banyak ujiannya tapi bagiku bagaimana kita uruskan suatu perkara itu sangat penting untuk mengharmonikan pendapat dan keadaan.

Harapan Ma

Ibunya atau ma, nama panggilan oleh anak-anaknya dan aku juga. Aku dapat rasakan beliau antara orang yang sangat risau tentang anak-anaknya sementelah semua anak-anaknya adalah perempuan.

Mungkin juga ada rasa takut. Tentunya bila semua anaknya berkahwin, tanggungjawab seorang isteri perlu patuh kepada suami.

Ma adalah seorang yang tegas mendidik anaknya. Kita tahu melalui cerita anak-anaknya bahkan daripada ma sendiri kerana baginya pendidikan sangatlah penting untuk masa depan.

Tetapi lebih menjadi kerisauan ma adalah anaknya yang dulu diberikan nama yang bersamanya harapan yang besar, dijaga, bahkan kadang-kadang menangis dalam membesarkan kesemua anaknya.

Kini diberikan tanggungjawab yang besar itu kepada orang lain. Orang yang asing. Ya, ma tak pernah cakap beliau risau tapi aku tahu.

Seketika aku berbual dengan ma sama ada bersua muka atau melalui di telefon, antara perkara yang aku harapkan daripada ma adalah nasihat. Ia adalah mahal.

Bahkan lebih daripada itu ma memberikan aku akan harapannya kepada kami berdua terutama kepadaku. Dengan nada seakan-akan menangis, aku ingat kata-kata ma antaranya:

“Ma dari akak kecik tegok bagaimana akak berusaha bersungguh-sungguh belajar, berkorban masa untuk dirinya dan ma sekeluarga. Syafiq, jagalah anak ma sebaik yang mungkin macam mana ma menjaga akak.”

InsyaAllah ma, sesungguhnya peribadi ma dan abah menyebabkan orang teringat akan potongan hadis. Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang memelihara dua anak perempuan hingga dewasa maka ia akan datang pada hari kiamat bersamaku” (Anas bin Malik berkata: Nabi menggabungkan jari-jari jemari beliau).(Hadith riwayat Muslim)

InsyaAllah ma dan abah akan menjadi ahlinya dan bersama-sama Rasulullah SAW kelak. Dan harapan saya, ma dan abah selalu mendoakan kebaikan rumah tangga kami.

 

> bersambung Semoga Kami Berdua Disatukan Dalam Kebaikan (bahagian 2-akhir) <

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Muhamad Syafiq bin Salim. Berasal dari Johor Bahru. Merupakan pelajar tahun akhir Sarjana (Master) Kejuruteraan dalam bidang Pengurusan Pembinaan di UTM, Skudai. Ikuti perkembangan beliau melalui Facebook Syafiq Alfatih (Muhamad Syafiq bin Salim).

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%