Jadilah seperti air hujan
dalam berbuat kebaikan,
kerana tidak ia peduli
pada siapa ia jatuh.
Ya, pilihlah untuk berbuat baik
walau pada mereka yang tidak mampu membalasnya.
Buatlah kebaikan walau pada mereka yang kita rasa tidak layak pun menerimanya.
Lakukanlah kebaikan bukan untuk mendapatkan kebaikan.
Tapi kerana kita ini hamba,
kerana hidup kita ini bertuhan.
Jadi lakukanlah kerana Dia.
Jika kita handal melukis,
lukiskan perkara yang mampu membawa manusia berfikir tentang Ilahi.
Jika kita petah bicara,
bicaralah tentang dakwah dan nasihat.
Jika kita mahir menulis,
nukilkanlah kisah, cerita atau lirik
yang mampu menjadi penawar buat jiwa yang sedang sakit.
Biar apa pun kita perbuat,
biarlah manfaat
dan ia boleh dikongsi bersama.
Jadilah anak benih,
yang walau dicampak di mana pun,
tetap menjadi sesuatu.
Di darat menjadi pokok.
Di laut menjadi pulau.
Apa yang untungnya
jika jadi baik?
Banyak!
Tapi yang paling penting,
kita akan disayangi.
Bukan sekadar disayangi makhluk,
tapi dicintai oleh Allah.
Apakah ganjaran yang lebih baik daripada itu?
Kerana destinasi akhir kita bukan di dunia namun di syurga,
dan syurga sentiasa merindukan mereka yang berbuat kebaikan
Tidak mahukah kita?
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Nur Izzati Binti Zahariman. Berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian di UPSI. Ikuti perkembangan beliau di Facebook Nur Izzati Zahariman.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.