,

Sunyi Tak Bermakna Sendiri

Hidup di dunia ini tidaklah sentiasa dikerumuni manusia seperti semut mengerumuni manisnya gula.

Kadangkala Allah menguji dengan kesunyian, bukan sebagai hukuman ataupun bebanan tetapi itu petanda kasih dan sayang Allah kepada hamba-Nya.

Kasih sayang Allah cukup luas dan tidak terbatas.

Subhanallah.

Alangkah beruntungnya kita.

Alangkah bertuahnya kita.

Tetapi, berapa ramai yang sedar akan kasih sayang Allah buat hamba-Nya?

Apa saja yang menimpa diri itu adalah kerana kasih sayang Allah sama ada baik atau buruk peristiwa yang terjadi.

Kita bersyukur dengan kehadiran orang-orang sekeliling kita yang sentiasa menceriakan hari-hari kita. Alhamdulillah.

Namun, di saat Allah menarik insan-insan ini, apa reaksi kita?

Sudah tentu hidup kita terus sunyi.

Terasa kegelapan dalam hidup. Sunyi. Kosong.

Kita mula mengungkit dan mempersoal itu dan ini. Astaghfirullah.

Tanya pada diri kita, adakah kita tidak reda dengan takdir ini?

Allah ingin kita sedar bahawa hidup ini kosong tanpa pergantungan daripada-Nya.

Oleh itu, apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan kita seharian, semuanya perlu berkait dengan Allah.

Jangan pernah lupa DIA walaupun untuk sesaat!

Buka mata hati. Lakarlah senyuman.

Ingatlah “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam…”

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nadia Sensei yang merupakan seorang guru di SMI Aman Binjai, Kelantan.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.