,

Sebab Allah Ada Perancangan Yang Tersendiri Buat Kau

Lampu berbentuk Baymax di atas meja dialihkan sedikit ke kanan, Nampak tak kemas. Tahun baru, daripada luar terdengar berdas-das bunga api dibakar. Dah macam hari raya dah.

2250 pm –

Meja belajar ditenung. Afza seorang di dalam biliknya. Beberapa housematenya yang lain telah keluar rumah pukul 2215 tadi, hendak menyambut Tahun baru macam biasa. Dia tak nak sambut tahun baru dengan cara tengok bunga api.

Sepatutnya malam ni ada Program Qiyam sempena tahun baru, tapi Afza tak dapat hadir. Period pain yang sakit mencengkam, sampai susah nak bergerak ke mana-mana. Sebelum housemate Afza pergi tadi, Afza tanya.

“Weh. Tapi kalau malam-malam macam ni mesti ada orang main skate punya. Alaa bestnya!”

“Eh, kat mana?” Aimi bertanya.

“Alaaaaa. Dekat depan white house belakang Plaza City Man Mall.

Iyelah, siapa je akan tahu area skating yang ada dekat ceruk-ceruk bumi ni. Kalau bukan diri sendiri yang kaki skate. Siapa je yang akan rasa suasana trying any kind of favourite tricks kalau bukan diri sendiri yang pernah buat salah satunya.

Precious.

Since 2014. Its not easy to leave all things that I loved behind. Lagi-lagi bila benda tu macam dah pernah jadi darah daging dan apa namanya jiwa.”

I don’t know, how can I be this strong.

“Its all because of Allah. His ar-rahman. He chose you sayang,” satu suara menjawab.

Bukankah pilihan Allah tu tak pernah salah? Bukankah pilihan Allah tu adalah sebaik-baik pilihan, setelah ditapis? Di tapisan manakah kau tersekat? Maka Allah pilih.

Maka sekarang ini, bukankah engkau yang dipilih?

Menangis. Begitu Ar-RahmanNya Engkau wahai tuhan pemilik hati dan segala apa yang ada di dunia ini. Subhanallah.

Afza tersenyum, kertas di hadapannya basah sedikit. Ada air yang jatuh. Tangan dah rasa nak menggeletar.

Air mata yang daripada tadi duduk dekat birai mata dah terasa nak memunculkan diri lagi. Telinga disumbat dengan earphone. Video Ustaz Iqbal Zain dibuka, khusyuk dia mendengar.

“Akal membawa kita kepada ketuhanan logic – Mu’tazillah.”

Nafsu membawa kita kepada ketuhanan diri – Qadariah.”

“Kita tak nampak nafsu dan akal. Sebab dia software.

“Nafsu yang kita ada ni dimiliki oleh haiwan yang lain.”

Masih tekun mendengar.

“Maknanya, kita (manusia) memiliki unsur kebinatangan dalam diri kita.” 

Afza semakin nak tahu.

“Unsur ketuhanan, kemalaikatan, kemanusiaan, kebinatangan DAN kesyaitanan.”

“Unsur kebinatangan itu ada pada nafsu dan syahwat.”

Malaikat ada akal, tapi takda nafsu. Haiwan ada nafsu, tapi takda akal.

Manusia ada kedua-duanya.

“Akhir zaman, zaman ini manusia akan dilihat berzina di tepi jalan,” kata Rasulullah.

Afza menegakkan badan. Nak pilih jalan yang baik ni adalah ujian. 

Sebab kita berada dalam zaman dunia tu nampak indah, dengan segala macam dugaan yang tak pernah henti cuba menarik kita ke lembah yang salah.

Sebab iman kita ni memang hanya berpegang pada satu sifat Yanqus wa qudus. Sebab kita berpijak dan menetap pada zaman dunia itu nampak sangat menarik.

Tapi dia cuba lawan keinginan dia untuk terus memilih Allah… sebab akhirnya, segala yang ada dalam hidup ni adalah pilihan, diri kita sendiri yang boleh memilih hendakkan yang mana. Pilihan pula, ada di tangan kita.

MashaaAllah.

Gelodak perasaan dia yang membuak-buak nak buat dosa sungguh bukan senang nak hadap.

Sebab tulah, ada bermacam cara sebenarnya Allah sampaikan untuk kita sedar tahap mana iman kita. Dia nak kita cari hikmah untuk setiap baik buruk yang Dia beri kat kita. Dia nak kita cari hikmah kenapa Dia masih beri kita peluang untuk menggunakan kilang badan ni.

“Dah nak 22 tahun dah hidup kat dunia ni, rugilah kalau takda satu pun usaha aku buat untuk agama.” Afza bermonolog.

Kenapa Allah kasi kekuatan untuk kau tinggalkan semua benda tu?

Sebab Allah ada perancanganNya yang tersendiri buat kau, dalam agama ni.

Subhanallah.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Hadzriena.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

18 points
Upvote Downvote

Total votes: 20

Upvotes: 19

Upvotes percentage: 95.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 5.000000%