,

Run, Run, Run…

Run, run
Run again
It’s okay to fall
Run, run
Run, again
It’s okay to get hurt
-BTS~ Run-

Aku ada satu impian. Ku gelar ia sebagai impian tersembunyi. Kenapa impian tersembunyi? Kerana aku tidak mahu siapa pun yang tahu apa yang ingin aku capai.

Biarlah aku berusaha dulu, selepas aku berjaya mencapainya barulah aku cerita pada mereka. Kerana berusaha mencapai impian tak ubah mendaki gunung Everest.

Sukar dan banyak cabaran yang perlu dihadapi. Tetapi tidak mustahil untuk berjaya dan sampai di puncaknya.

-yaya-

Jika kau ada impian, berusahalah untuk mencapainya. Mungkin kau teragak-agak, tidak yakin dengan kemampuanmu. Dan belum ada lagi orang yang dekat denganmu berjaya memecah rekod.

Jadi, kau rasa lemah semangat dan tidak yakin. Apa kata kau cuba dulu? Cuba dulu selangkah, lepas itu baru kau boleh tahu kau yakin atau tidak untuk mencapainya.

Orang kata, perjalanan untuk mencapai impian itu sukar. Memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

Kadangkala membuat kita tersungkur dan kelelahan. Ya, ia memang benar. Tak ada yang senang di dalam dunia ini. Tetapi ketahuilah, kalau kau tak cuba sekarang satu hari nanti kau akan menyesal kerana tak berusaha mendapatkannya.

Twenty years from now you will be more dissappointed by the things that you didn’t do than by the ones you did do. So, explore, dream and discover.
-Neelofa-

Kalau kau mahukannya, berusahalah. Tidak kira dengan berlari, berjalan atau merangkak. Terpulang kepada kau ingin menggunakan cara yang bagaimana. Yang penting kau mesti berusaha mendapatkannya.

Percayalah, kau akan berjaya mencapai impianmu. Jangan takut, jangan gentar sesungguhnya Tuhanmu ada di sisimu. Mintalah pada Dia, Dia akan membantumu untuk berusaha mendapatkannya. Jangan sombong dengan Tuhan.

Sesungguhnya yang memakbulkan doa adalah Tuhan. Minta pada Dia dan kau berusahalah bersungguh-sungguh. Keraskan hatimu, jangan biarkan ketakutan memusnahkan dirimu.

Kau boleh buat! Kau boleh!

Dan, ketika kau berusaha keras mendapatkannya jangan lupa untuk berhenti berehat. Jangan terlalu memaksa diri setiap masa asyik berusaha mendapatkannya. Nanti kau akan kelelahan dan rasa putus asa.

Jadi kau kena bersederhana juga, jangan over. Work smart, jaga fizikal dan mental kau juga.

Perjuangan mendapatkan impian bukan sekadar menggunakan kekuatan mental malah kekuatan fizikal juga diperlukan.

Apabila kau tak cukup rehat fizikalmu akan bertindak balas. Dan mentalmu akan menjadi lemah dan terasa tumpul. Kerana ‘bateri’ dah habis.

Jadi, ingat dalam berusaha mendapatkan sesuatu kau kena jaga diri sendiri. Dapatkan rehat yang cukup. Jangan terlalu tamak mengejarnya, ingat akhirat juga.

Islam tidak membenarkan umatnya terlalu memaksa diri. Islam tidak membenarkan umatnya bekerja melebihi had. Islam meminta umatnya menjaga kesihatan tubuh dan juga minda.

Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menggapai impian. Jangan lupa berehat juga! Usah pedulikan momokan orang yang tak yakin pada kau. Usah pedulikan kegagalan yang sering kau dapat.

Fokus, tetapkan mindamu. Yakin yang kau mampu selesaikannya, kau mampu hadapi semua ini. Jangan takut pada kecaman, jangan takut pada kegagalan. Jangan takut pada risiko yang sedang menanti.

Jangan gentar pada ujian dan cabaran yang menggoncang jiwa. Jangan takut, semua itu bukan menjatuhkanmu. Ia sebenarnya yang akan menaikkanmu, mengajarmu erti kekuatan dan kecekalan.

Yang memberi kamu pengalaman yang sukar ditemui dan tak mampu dibeli. Yakinlah, kau mampu menghadapinya walaupun semangatmu ditolak jatuh. Tanam dalam diri sifat tidak mudah mengalah. Hempas ke tanah rasa takut dan tidak yakin pada diri.

Teruslah berlari. Jalan yang kau lalui memang sukar. Tetapi percayalah kalau kau terus berlari, kau akan berjaya menggenggam impianmu itu.

Satu sahaja pesananku, kau kena cuba dan jangan berhenti. Kejayaan itu ada di hadapanmu. Apa yang perlukan adalah terus mencuba, terus berjalan.

Jangan berhenti. Kau akan rugi kalau kau berhenti. Bila kau teruskan langkah, walau sejauh mana pun perjalanan itu. Kau akan sampai juga akhirnya. Dan waktu itu tak tergambar kepuasan yang kau rasai.

Waktu itu, kau akan menangis. Air mata kegembiraan akan mengalir keluar. Air mata yang jarang kau dapat.

Saat itu segala usaha keras kau, rasa sedih dan kesusahan yang kau hadapi menjadi berbaloi. Kejayaan yang kau genggam menggambarkan apa yang kau usahakan. Itulah kemanisan hidup yang kau akan ingati sepanjang hayatmu.

Jadi, berusahalah dan yakinlah pada diri sendiri. Orang lain hanya mampu memberi nasihat sahaja kepadamu. Selebihnya hanya bergantung kepadamu. Orang lain hanya memberi sumbangan 30% sahaja, 70% lagi ada padamu.

Sama ada kau ingin mengusahakannya atau hanya melemparnya ke tepi. Langsung tak mencuba. Terpulang kepada kau.

Hargai hidup ini seolah-olah esok kau akan mati. Ketika itu barulah kau tahu betapa bermaknanya kau hidup di sini. Adanya kamu di dunia ini adalah hadiah yang tak ternilai dari Tuhan.

Keep working hard. Don’t get discouraged by setbacks or unexpected difficulty. That’s always going to be there. Just keep pushing to do what you want to do.
-Jessica Jung-

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Krystal Hazel (nama pena).

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.