,

Rasulullah Memberi Keampunan Ketika Fath Makkah Walaupun Sebelum Ini Baginda Disakiti!

Setelah Rasulullah dan tentera Islam masuk ke Makkah dalam keadaan aman, penduduk Makkah berkumpul di sekitar Ka’bah bagi menanti keputusan yang akan dilakukan Baginda kepada mereka.

Jika diikutkan, sebelum ini Rasulullah dan kaum Muslimin sering dihina, dicaci, ditindas di Makkah sehinggalah mereka berhijrah ke Madinah dan mengukuhkan Islam di sana. Jadi, setelah berjaya menakluki Makkah semula, Rasulullah boleh saja membalas semula kekejaman itu.

Tetapi, adakah Baginda melakukan sedemikian? Tidak sama sekali.

Ketika Baginda bertanya kepada penduduk Makkah: “Menurut kamu, apa yang akan aku lakukan kepada kamu?”

Mereka menjawab: “Perlakuan baik, engkau adalah saudara yang mulia, putera saudara yang mulia.”

Kemudian Baginda membaca ayat Al-Quran: “Yusuf berkata: Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan, semoga Allah mengampunkan dosa kamu (Surah Yusuf 12:92).”

Pengampunan secara besar-besaran yang diberikan Allah dan Rasul ini secara tidak langsung dapat menjaga nyawa dan kesucian Makkah daripada berlaku pertumpahan darah.

Namun, ada juga beberapa nama yang telah melakukan kejahatan yang perlu diberi hukuman oleh Allah dan Rasul. Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari, antara nama yang ada ialah Abdul Uzza bin Khathal, Abdullah bin Sa’ad, Ikrimah bin Abu Jahal, Huwairith bin Nuqaid, Muqais bin Hababah, Habbar bin Al-Aswad, dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, ada antara nama-nama yang termasuk dalam hukuman itu menghadap Rasulullah dalam keadaan bertaubat dan masuk Islam, maka Baginda pun memaafkan dan mereka menjadi penganut Islam yang baik.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%