,

Ramai Tak Tahu Apa Sebab Berlakunya Perang Bani Musthaliq

Perang Bani Musthaliq tidak sepopular perang Badar atau perang Uhud. Namun, ia tetap berlaku di dalam sejarah Islam.

Ulama sejarah berbeza pandangan tentang bila berlakunya peperangan ini, iaitu:

  • Berlaku pada bulan Sya’ban tahun ke-6 hijrah (pandangan Ibnu Ishak dan lain-lain)
  • Berlaku pada bulan Sya’ban tahun ke-4 hijrah (pandangan Al-Mas’udi)
  • Berlaku pada bulan Sya’ban tahun ke-5 hijrah (pandangan Ibnu Hajar Al-Asqalani, Ibnu Kathir dan lain-lain)

Jadi, kenapa berlakunya perang Bani Musthaliq?

  1. Sokongan terhadap Quraisy

Bani Musthaliq menyokong kaum kafir Quraisy ketika melawan kaum Muslimin pada perang Uhud.

2. Menguasai jalan ke Makkah

Bani Musthaliq menguasai jalan utama menuju ke Makkah sehingga ia menjadi penghalang untuk kaum Muslimin pergi ke Makkah.

3. Ingin menyerang kaum Muslimin

Rasulullah mendapat khabar mengenai perancangan Bani Musthaliq untuk menyerang Baginda, yang mana mereka dipimpin oleh Al-Harits bin Abu Dhirar.

Apa yang dilakukan Rasulullah?

Baginda mengutuskan Buraidah bin Al-Hashib Al-Aslami untuk mengenal pasti niat jahat mereka, sehinggalah perkara tersebut sahih barulah Buraidah menyampaikan semula kepada Baginda.

Maka, dipersiapkan seramai 700 orang kaum Muslimin bersama Rasulullah dengan 30 orang penunggang kuda bertolak dari Madinah menuju ke Bani Musthaliq.

Sebelum ini, seruan dakwah telah sampai kepada mereka, namun mereka menolak malah memilih untuk bersekongkol dengan kaum musyrikin pula.

Akhirnya, kaum muslimin berjaya mengalahkan Bani Musthaliq di saat mereka sedang lalai.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)