,

Perancangan Rasulullah Mempertemukan Ibu Nabi Musa dan Bayinya Semula

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

وَأَصۡبَحَ فُؤَادُ أُمِّ مُوسَىٰ فَٰرِغًاۖ إِن كَادَتۡ لَتُبۡدِي بِهِۦ لَوۡلَآ أَن رَّبَطۡنَا عَلَىٰ قَلۡبِهَا لِتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَقَالَتۡ لِأُخۡتِهِۦ قُصِّيهِۖ فَبَصُرَتۡ بِهِۦ عَن جُنُبٖ وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ وَحَرَّمۡنَا عَلَيۡهِ ٱلۡمَرَاضِعَ مِن قَبۡلُ فَقَالَتۡ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰٓ أَهۡلِ بَيۡتٖ يَكۡفُلُونَهُۥ لَكُمۡ وَهُمۡ لَهُۥ نَٰصِحُونَ

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia daripada orang-orang yang percaya (akan janji Allah).

Dan berkatalah ia kepada kakak Musa: “Pergilah cari khabar beritanya”. (Maka pergilah ia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya.

Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata: “Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

(Surah Al-Qasas 28: 10-12)

Ketika Nabi Musa yang masih bayi tu berada di istana Firaun, Nabi Musa tidak mahu makan atau menyusu. Mereka dah berusaha untuk memberi makan kepada Nabi Musa dengan pelbagai cara, tapi tak berjaya. Perkara sebegini tak berlaku melainkan dengan takdir Allah, iaitu: “Dan Kami (Allah) jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya.” 

Apa hikmahnya? Adakah Nabi Musa dibiarkan saja mati kelaparan? Mestilah tak.

Lalu, keluarga Firaun membawa Nabi Musa yang masih bayi tu ke pasar untuk mencari wanita yang sesuai untuk menyusukannya. Ketika orang ramai sedang mengerumuni keluarga Firaun, saudara perempuan iaitu kakak Nabi Musa melihat perkara tersebut, lalu memberikan cadangan: “Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

Setelah itu, mereka pergi ke rumah ibu Nabi Musa. Dengan izin Allah, Nabi Musa yang masih bayi tu terus menyusu dengan perempuan tersebut, sedangkan mereka tidak tahu bahawa itu sebenarnya ibu kandung Nabi Musa.

MasyaAllah, hebat perancangan Allah, kan? Ibu Nabi Musa bertemu semula dengan bayinya!

Nota kaki : Artikel ini ditulis oleh Aizuddin Hamid. Layari https://t.me/aizuddinhamiid untuk perkongsian bermanfaat.