,

Tawakal Ibu Nabi Musa Meninggalkan Bayi di Sungai Nil

Haa, korang tahu tak kisah ibu kepada Nabi Musa ada dicatat di dalam Al-Quran? Selama ni, mesti korang ingat hanya kisah Nabi Musa saja yang ada, kan? Hakikatnya, insan yang bergelar ibu kepada Nabi Musa juga ada dicatatkan di dalam kitab teragung ni.

Jom, kita baca kisahnya…

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰٓ أُمِّ مُوسَىٰٓ أَنۡ أَرۡضِعِيهِۖ فَإِذَا خِفۡتِ عَلَيۡهِ فَأَلۡقِيهِ فِي ٱلۡيَمِّ وَلَا تَخَافِي وَلَا تَحۡزَنِيٓۖ إِنَّا رَآدُّوهُ إِلَيۡكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ فَٱلۡتَقَطَهُۥٓ ءَالُ فِرۡعَوۡنَ لِيَكُونَ لَهُمۡ عَدُوّٗا وَحَزَنًاۗ إِنَّ فِرۡعَوۡنَ وَهَٰمَٰنَ وَجُنُودَهُمَا كَانُواْ خَٰطِـِٔينَ

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:” Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (daripada angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut (sungai Nil); dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada Rasul-rasul Kami.

Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.

(Surah Al-Qasas 28: 7-8)

Saya nak bagi korang faham jalan cerita ibu Nabi Musa, jadi saya akan ceritakan semula.

Disebabkan Firaun telah membuat keputusan untuk membunuh semua anak lelaki termasuklah bayi kerana dikhuatiri akan menjatuhkan kekuasaannya suatu hari nanti, maka ibu Nabi Musa berada dalam keadaan sedih sejak awal kehamilannya.

Maka, setelah Nabi Musa dilahirkan, Allah memberi ilham kepada ibunya supaya meletakkan Nabi Musa di dalam peti, mengikatnya dengan seutas tali lalu menghanyutkannya di sungai Nil, sehinggalah peti tersebut melintasi kawasan Firaun.

Dipendekkan cerita, Nabi Musa yang masih bayi pada ketika itu diselamatkan oleh Asiah yang berjaya memujuk suaminya Firaun agar tidak membunuh bayi tersebut.

Nota kaki : Artikel ini ditulis oleh Aizuddin Hamid. Layari https://t.me/aizuddinhamiid untuk perkongsian bermanfaat.