,

Ibrah Daripada Kisah Tawakal Ibu Nabi Musa

Kebergantungan ibu Nabi Musa kepada Allah sangat tinggi. Ketika Allah memberi ilham kepadanya untuk meletakkan Nabi Musa di dalam peti dan menghanyutkannya di Sungai Nil, ibu Nabi Musa bertawakal kepada Allah, berserah bulat-bulat kepada Allah… kerana hakikatnya tiada siapa yang dapat melindungi bayi yang hanyut di sungai seorang diri, melainkan Allah.

Kalau nak ikut logik akal, memang bayi takkan selamat dalam keadaan macam tu, tapi tiada yang mustahil di sisi Allah. Bukankah Allah akan memberi jalan keluar kepada sesiapa yang bertawakal dengan ‘sebenar-benar tawakal’ kepada-Nya?

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا

“…dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Surah At-Talaq 65:2-3)

Ya, mungkin korang takkan diuji seperti ibu Nabi Musa, tapi persoalan yang saya nak timbulkan adalah… sejauh mana dalam kehidupan seharian korang, di saat korang perlu membuat sesuatu keputusan, korang betul-betul menyerahkan segala hasilnya kepada Allah?  Apatah lagi kalau hasilnya tidak seperti yang diharapkan, adakah hati korang benar-benar mampu ikhlas dan redha?

Nota kaki : Artikel ini ditulis oleh Aizuddin Hamid. Layari https://t.me/aizuddinhamiid untuk perkongsian bermanfaat.