,

Pengajaran Perang Ahzab Di Dalam Al-Quran

  1. Gambaran kesedihan yang menimpa kaum Muslimin kerana terkepung di Madinah oleh kaum musyrikin.

“Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.” (Surah Al-Ahzaab 33:10)

2. Mendedahkan niat buruk dan akhlak tercela kaum munafik.

“Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja.” (Surah Al-Ahzaab 33:12)

3. Mencontohi Rasulullah dalam semua keadaan, pada masa susah atau senang.

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah Al-Ahzaab 33:21)

4. Sikap mulia kaum Muslimin ketika menghadapi musuh.

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (Surah Al-Ahzaab 33:23)

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)