,

Benarkah Kerana Mulut Badan binasa…

Assalamualaikum semua!

Mulut oh mulut!

Memang betul kata pepatah, “kerana mulut bada binasa”.

Seperti yang semua maklum, mulut adalah anggota kurniaan Allah yang amat penting kepada manusia.

Adanya mulut membolehkan manusia bercakap. Melalui rongga mulut jugalah untuk manusia memasukkan makanan dan terus ke dalam perut.

Mulut memang mempunyai peranan yang amat besar kepada kita. Mulut juga adalah pelengkap kejadian rupa manusia di bahagian muka. Kalau tiada mulut bukankah ganjil bentuknya.

Kita bebas menggunakan mulut dalam apa jua keadaan.

Kita bebas untuk mengata, mengumpat, marah, mengeji, mencerca, memaki hamun, mencarut dan macam-macam lagi.

Tapi ingat, jika tersilap kata dan langkah memang padah jadinya. Oleh itu, gunakanlah mulut dengan sebaik-baiknya.

Allah jadikan mulut agar kita dapat menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada sesama manusia.

Bila bercakap menggunakan mulut hendaklah dengan nada yang sopan dan lembut. Cara bercakap yang betul dan tertib akan membuatkan seseorang yang sedang marah akan cepat reda kemarahannya.

Mulut juga ada kategori mengikut dari bentuk mulut seseorang. Ada mulut yang jenis besar atau pun kecil.

Mulut juga boleh memberikan ekspresi dan menggambarkan wajah seseorang. Mulut juga boleh memberi ‘mood‘ atau menukar ‘mood‘ seseorang.

Setiap hari gerakkanlah anggota mulut kita dengan berdoa kepada Allah pada setiap waktu solat, guna mulut untuk membaca al Quran dan berzikir kepada Allah SWT.

Usahlah disia-siakan mulut yang telah dijadikan Allah Ta’ala. Disebabkan mulut juga akan memberi kesan yang positif atau negatif kepada otak seseorang.

Lebih baik mengambil sikap berhati-hati atau berpada-pada. Jangan seperti ‘dah terhantuk baru nak terngadah’.

Wajib ambil iktibar daripada contoh-contoh yang terkesan hanya berpunca dari mulut sahaja. Mulut juga boleh merapatkan dan merenggangkan silaturrahim sesama kita.

Aduh… mulut juga boleh merosakkan agama dan bangsa sendiri. Memang dahsyat penangan mulut ini.

Kita juga sememangnya maklum, mulut juga berperanan untuk meraih cinta yang mengasyikkan hanya dengan alunan suara lemak merdu yang boleh meruntun jiwa.

Kalau muka cantik menawan tapi mulut macam tempayan, hurm… tak payah la kau puja dan menjadi pujaan ramai.

Mulut oh mulut… anggota ini juga dapat memberahikan lelaki dan wanita. Mak aiiii… memang kuat penangan mulut ni kan.

Sehubungan itu, kita harus memelihara mulut daripada terkena penyakit. Mulut memang sangat sensitif kalau tidak menitik beratkan kebersihan.

Mengenai mulut yang berbau memang dihadapi oleh kebanyakan orang. Elakkan daripada makan benda-benda yang terlalu manis.

Agar mulut berbau wangi dan harum cuba amalkan dengan kerap meminum air masak, minum air yang bercampur limau (apa-apa jenis limau), penggunaan ubat gigi yang menghalang terjadi plak pada gigi, sentiasa berkumur mulut dan perlu memberus gigi 2 kali sehari.

Sekiranya kita mencari jalan penyelesaian untuk menjaga aib daripada mulut berbau alangkah lebih baik kita menjaga adab mulut untuk kebaikan.

Kurangkan bercakap dan buka mulut bila perlu atau yang ‘relating‘ sahaja.

Contoh yang paling mudah adalah di tempat kerja. Memang kita hidup mesti berkawan. Tetapi kita perlu ada batasan dan saling menghormati.

Kadang-kadang bila kita bercakap tidak semestinya pendapat kita dipersetujui dan kalau bercakap pula jangan hendak menang saja.

Macam cakap sendiri saja yang betul dan kawan-kawan sekeliling perlu setuju dan ikut kata. Hidup bergurau senda tidak salah tapi macam yang telah dikatakan tadi batasan tetap ada.

Kita bekerja memang pasangan tidak ada bersama dan tidak nampak perlakuan kita di tempat kerja.

Walau bagaimanapun, ‘tepuk dada tanya selera’. Sebab pelakonnya adalah diri kita sendiri. Sama ada kita tu berlebihan atau tidak, sendiri kena sedar.

Biarlah orang sekeliling nak kata kita tak pandai bergaul, sombong tak bertempat, suka menyendiri atau pilih bulu.

Apa-apapun bila buka mulut tu fikir dulu. Jangan ikut sedap rasa kemudian diri sendiri pula yang terasa.

Cuba-cubalah ubah diri dan sikap agar hidup lebih gembira,gemilang dan terbilang.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Hajah Rozitah binti Ahmad. Berusia 45 tahun dan merupakan ibu kepada 4 orang anak. Menetap di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan. Bekerja di syarikat Logistics di KLIA. Minat menulis dan subjek sastera.

Suka melihat alam sekeliling, suka melihat gelagat manusia untuk digambarkan dalam penulisan dan suka melihat lukisan. Suka melancong, mengumpul magnet, mengumpul stem dan mendengar lagu.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%