,

Maaf, Aku Tidak Cantik!

“Cantik? Semua orang nak cantik, tapi aku?” 

“Aku tak cantik, aku tak lawa. Sebab tu jodoh belum sampai lagi tu, aku sedih.” 

“Tuhan tidak adil denganku. Orang disekeliling aku semua cantik-cantik, sebab tu ramai yang suka berkawan, tapi aku?” 

Itu yang selalu bermain dalam minda kita, betulkah ada makhluk yang tidak cantik yang Allah ciptakan dalam dunia ni?

Ataupun kita saja yang kurang syukurnya barangkali?

Tidak keterlaluan jika dikata semua yang Allah ciptakan di dunia ini semuanya cantik dan baik. Ya, kita cantik dan baik dalam cara kita.

When I see your face

There’s not a thing that I would change

‘Cause you’re amazing

Just the way you are

And when you smile

The whole world stops and stares for a while

‘Cause girl you’re amazing

Just the way you are

 

The way you are

The way you are

Girl you’re amazing

Just the way you are

Chorus*(Bruno Mars – Just The Way You Are)

Setuju apa yang Bruno Mars nyanyi? Ya, alhamdulillah. Kita cantik dengan cara kita tersendiri, lagipun pandangan cantik berbeza bukan?

Cantik pada mata kita, tidak semestinya cantik juga pada pandangan orang lain, dan begitu pula sebaliknya.

Cantik itu subjektif mengikut nilaian dan perspektif masing masing, boleh dikatakan tidak ada orang yang tidak cantik, cuma cantik kita berbeza.

Berbahagialah dengan kecantikan masing-masing yang Allah kurniakan.

Ada orang sebab rupanya cantik, maka dia dipandang cantik.

Ada orang yang budi bahasanya cantik, maka dia dipandang cantik.

Ada orang sebab pandai dalam pelajaran, maka dia dipandang cantik.

Ada orang sebab seorang peramah dengan orang tua, maka dia nampak cantik.

Ada orang sebab dia rajin, maka dia nampak cantik.

Dan, ada orang nampak cantik sebab Allah yang cipta, ciptaan Allah semuanya cantik, siapa lagi? Kita semualah. Senyum!

Kita semua cantik, bukan? Alhamdulillah.

Sebenarnya apa definisi cantik? Apa yang perlu kita ada untuk jadi dan nampak cantik ni?

Cantik yang sebenar ialah kita yakin dan bersyukur apa adanya dengan diri kita, kita yakin yang kita ini cantik sebab kita adalah ciptaan Allah Yang Maha Indah dan suka akan keindahan, mana mungkin DIA ciptakan kita dengan sia-sia, dengan tidak cantik.  

Lepas tu, apa lagi?

Syukur, syukur dengan apa yang Allah takdirkan dengan hidup kita. Nak tahu tak apa sebab yang paling utama yang buat kita bahagia kat dunia ni?

SYUKUR, orang yang suka bersyukur, hatinya tenang, jiwanya lapang.

Sebab bila syukur, segala penyakit yang berkaitan hati takkan ada, sebab tu boleh jadi tenang dan lapang.

Sebab dia tahu, apa yang ALLAH dah bagi sebenarnya adalah yang terbaik untuk diri dia. Takkan ada ruang dan peluang untuk berasa cemburu iri hati dengan orang lain.

Cantik bila kita hiasi diri kita dengan akhlak yang baik, inshaALLAH.

Bila akhlak baik, yang dalam kita tu baik, yakni hati – kita memang akan nampak cantik.

Pernah tak, jumpa seseorang yang wajahnya biasa-biasa sahaja, tetapi selepas mengenali dia, kita tertarik dengan dia, sebab akhlak dia baik, bercakap sopan santun, selalu tolong orang, buat orang lain gembira bila di sisi dia?

Mesti pernah kan? Ya, akhlak mendahului segalanya.

Dalam dunia ramai orang cantik, tapi kita masih kurang orang baik. Nak jadi cantiklah, berubahlah untuk jadi baik, bila jadi baik cantik akan timbul sendiri, percayalah.

Orang yang baik ini cantik. Pada akhirnya kita akan memilih orang yang baik akhlaknya walaupun kurang cantik pada pandangan manusia, kenapa hanya pandangan manusia?

Sebab di akhirat kelak, Allah takkan pandang rupa paras kita, pangkat atau darjat kita, wang harta berjuta-juta kita.

Itu semua hanya setakat dunia, bila kita dikembalikan pada ALLAH esok-esok, Allah hanya melihat kebaikan dan ketaqwaan kita. 

Berbahagialah orang -orang yang baik akhlaknya, kerana pada pandangan Allah dan manusia, andalah manusia yang paling cantik di dunia malahan di akhirat kelak, mudah-mudahan! Aamiin.

“Orang yang baik di dunia, inshaAllah dicantikkan berjuta kali ganda di syurga nan abadi kelak.”

Nikmat mana yang kita mahu dustakan?

Ya Allah, maafkan aku, aku sebenarnya cantik! Aku saja yang kurang syukurnya.

Alhamdulillah. Semoga kita semua, dikekalkan dalam kecantikan hingga kita kembali padaNya, kembali dalam keadaan yang paling cantik, paling baik.

Ya, aku cantik! Cantik dengan caraku dan dalam apa yang Allah takdirkan untukku. InshaAllah.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Siti Suraya Othman. Ikuti perkembangan beliau di media sosial Instagram Ukhtisuraya dan Facebook Cafe Chenta Ilahi.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.