,

Momentum Azam Baharu yang Kian Pudar

Dua bulan sebelum 2018 melabuhkan tirai sekaligus permulaan tahun baru 2019 masihi.

Apa pencapaian?

Bagaimana azam dan misi terdahulu?

Banyak terpenuhi dan telah digapai?

Harapan, keinginan dan cita-cita yg telah diproses usaha, bukan sekadar angan-angan dan mimpi semata.

Di sisi lain, tahun hijrah pula sudah sebulan berlalu 1440H. Kita sudah berada di bulan Safar.

MasyaAllah subhanallah wal hamdulillah… masa tetap berlalu tanpa menanti sama ada kita mahu atau sebaliknya.

Detik kematian dan kiamat juga semakin hampir. Hakikat yang kita sedia maklum. Namun… entahlah.

Mungkin lalai dan leka dengan pelbagai isu duniawi menjadikan kita hanyut kurang persiapan bersungguh menyiapkan bekal amalan sebelum dipanggil pulang ke sisi Ilahi. Allahu…

Hidup untuk berseronok? Atau mengambil hiburan sekadar untuk rehat melepas lelah sebelum kembali terus mara melangkah?

Aduhai… dalam diam di lubuk hati, perit dan susah nak mengaku jawapan sebenar.

Kerana itulah recheck dan refresh dari masa ke semasa itu perlu untuk memperbetulkan sauh dan halatuju bahtera hidup yang kita kemudi.

Begitu juga perlu berdamping dengan bi’ah solehah… sahabat soleh-solehah musleh-muslehah satu jantina ingat-mengingatkan. Taqwa dan berjiwa hamba Rabbani.

Usaha… dan teruskan bangkit meski selalu jatuh dan tersasar.

Ya Robbana jadikan kami minat-tawwabiin wal muta-tohhirin.

Memang… sedih dan kecewa selalu singgah dalam diri. Dek kekurangan dan kelemahan diri.

Namun wahai sahabat-sahabat… jangan biarkan diri pesimis dan putus asa.

“Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Az-Zumar: 53)

Ayuh… belum terlambat untuk terus mencuba dan berusaha.

Doesn’t matter who you are in the past. What matter most is the ending and how we strive now onwards.

Timbul rasa ralat dan tak puas hati prestasi diri sendiri tu bagus, namun daripada benda sebegitu menjadikan kita lemas in grief dan sedih, stagnant di takuk sama, pusingkan jadi progresif menjadi lebih baik lagi dan lagi.

Teruskan…

Sampai bila?

Hingga jasad berpisah dengan roh, jantung terhenti berdenyut.

“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!” (Surah al-Fajr: 27-30)

Moga kita termasuk golongan ashabul yameen, muttaqin dan ahlul Jannah.

Allahumma ameen ameen Ya Rabbana ar-Rahman al-Mujeeb!

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Dhia Faaezah. Insan yang minat menulis. Mula berkecimpung di dunia penulisan sejak tahun 2011 di dalam blog dan cerpen di pelbagai laman web.

Sebarang komen adalah dialu-alukan di ruangan bawah ataupun laman facebook/instagram dengan akaun nama Dhia Faaezah.

Anda berminat untuk menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam dan berpeluang memenangi hadiah Utama RM300 dengan cara menghantar artikel hasil penulisan anda? Klik sini (sah sehingga 15 Disember 2018 sahaja)