,

Merebut Cinta Allah

“Aku tak fahamlah, kenapa dia nak buat projek wakaf?” Musleh memprotes.

“Mungkin nak kejar pangkat. Tak pun gila glamer.” Arissa juga bersikap dingin.

“Astaghfirullah. Bawa bertenang. Bukankah dia dah terangkan secara komprehensif? Kalau tak puas hati, tanya sendiri.” Ayraa mendamaikan ahli jawatankuasa.

“Tahun lepas, projek taffaquh remaja. Tahun ni, kelas tahfiz. Sekarang, wakaf. Apa benda ni?” Musleh makin panas.

Arissa menambah, “Aku pun heran. AJK lain, tak bantah langsung! Ilmu apa dia pakai?”

“Korang kena ingat. Pelajar sekolah ni makin kreatif terpengaruh. Kalau tak buat program spiritual, kita juga pening kepala.” Ayraa meyakinkan.

“Yang Musleh geram, projek jaulah ilmu kita tak lulus pasal apa?”

Arissa jelaskan tanpa selindung, “Kau pun satu, kertas kerja tak lengkap. Banyak salah. Macam mana nak lulus? Projek Iqra’ hari tu, tak selesai sampai sekarang. Kalau aku jadi ketua pun, tak berani nak lulus.”

Ayraa mengiyakan. Lantas dibidas Musleh, “Silap pegawai tu juga. Setiap kali tanya, macam-macam alasan. Leceh betul. Dahlah kerja sukarela. Kalau bergaji, semangat sikit.” Musleh menerangkan panjang lebar.

Ayraa cuba berdamai, “Apa kata, kita tolong projek dia nak? Kita belajar dan menuntut dengan dia.”

“Kan? Kotlah projek Iqra’ Musleh jadi kenyataan. Wow!” Arissa berangan.

“Korang nak, silakan. Aku? Memang taklah.” Musleh menolak.

Arissa yang bersikap lalang mencelah, “Setidak-tidaknya, nanti kita pura-pura tolong. Sampai masa kita caras dia. Bila terlaksana, kita juga dapat nama.”

“Bagaimana?” Musleh terpengaruh.

Arissa makin berani, “Semua orang hanya nampak dia hebatkan. Kau tunggu!”

Ayraa masih belum putus asa, “Aku tak rasa plan korang berjaya. Dia bukan seperti apa yang kita sangka. Korang kena ingat, buat apapun jika niat kita selain kerana Allah, hati tak tenang.”

“Aku tak percaya!” Musleh masih berdegil.

“Ha’ah lah… Contohnya, projek Iqra’ kau.” Arissa mula faham.

Dalam hati Ayraa, “Yaa Hayyu Yaa Qayyum. Dengan rahmat-Mu aku mohon Engkau perbaiki segala urusanku dan jangan Engkau biarkan aku membuat keputusan sendiri walaupun sekelip mata.”

Keindahan Makrifatullah

Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita dikembalikan. Apalah ertinya hidup, jika tidak menambah iman dan taqwa. Segala-galanya itu bermula dengan bergantung hanya kepada Allah.

Apakah lagi yang lebih penting selain mencintai Allah?

Bila segala sesuatu itu ada campur tangan Allah, hidup makin bermaruah.

Bagaimana kita mahu merasakan kehadiran Allah?

Bila dikurniakan nikmat, kita syukur. Bila diberi ujian, kita sabar. Ini cahaya hidup orang beriman.

Setujukah kita, solat adalah punca bila perangai kita bermasalah?

Bukankah solat itu mencegah diri daripada perbuatan keji dan mungkar?

Realitinya, solat adalah penawar paling mujarab. Syarat utama, dirikan solat dengan penuh kerendahan hati dengan mengagungkan Allah. Insya-Allah, solat mampu melahirkan sifat mahmudah kesan penghayatan yang ikhlas.

Dalam solat ada doa. Dalam solat ada ampunan. Dalam solat ada harapan. Dalam solat ada jaminan dan ikrar.

Jom jaga solat umpama menjaga nyawa! Kenali, apa yang baik di mata manusia belum tentu baik di mata Allah. Namun, apa yang baik di mata Allah, biasanya baik di mata manusia.

“Ya Allah, aku memohon kecintaan-Mu dan kecintaan orang yang mencintai-Mu dan kecintaan terhadap sebarang amalan yang membawa aku kepada cinta-Mu.” (Riwayat Tarmizi)

Wallahua’lam.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Qalam Ardini.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Total votes: 15

Upvotes: 7

Upvotes percentage: 46.666667%

Downvotes: 8

Downvotes percentage: 53.333333%